SAKM - X : Sastera Rentas Ilmu
Insya-Allah, saya akan membentangkan kertas kerja (kertas catatan, sebenarnya) di dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu ke-10 di UKM pada 19 November.
Seminar dijadualkan berlangsung selama dua hari : 18 - 19 November 2009 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.
Jadual sudah saya lampirkan di dalam entri terdahulu. Sila rujuk entri sebelum ini tentang SAKM X.
Judul pembentangan saya pula, seperti yang berikut :
Mempermudahkan Undang-undang Untuk Khalayak : Pengalaman Menulis Cerpen Unsur Guaman
Oleh
Nisah Haji Haron
Nisah Haji Haron
Abstrak
Sastera itu merentas zaman dan sempadan. Sastera juga mampu merentas ilmu. Pengalaman menulis cerpen-cerpen yang mengangkat tema undang-undang ialah suatu cabaran kepada pengarang untuk mempermudahkan sesuatu yang dianggap ‘jauh’ daripada masyarakat umum. Sebagai pengarang yang pernah menjurus di dalam disiplin undang-undang, menjadi semacam fardhu kifayah untuk menyampaikan hal-hal undang ini kepada orang ramai melalui karya-karya sastera. Memilih isu, menyaring maklumat dan kemudian menyampaikannya kepada khalayak setelah dipermudahkan ialah suatu pengalaman berharga.
Jumpa di sana.
.
.
.
.
Ulasan
baiyazidmustaffa07.blogspot.com
Setakat hari ini, nama saya tidak tersenarai untuk teks tingkatan 1 & 4. Pun, saya tak fikir ada karya yang boleh disenaraikan di dalam waktu terdekat ini.