Terjumpa komen Lentera Mustika, lagi

Harap tidak jemu membaca komen-komen daripada pembaca, saya sekadar mahu mendokumenkan kritikan dan pandangan pembaca, khususnya yang saya langsung tidak kenali. Inilah satu cara untuk saya mengukur sejauh mana mesej yang disampaikan melalui novel itu tiba kepada penerima.

Ini komen dari blog x_ribath_street yang menamakan dirinya annas :

"Ada satu artikel akhbar yang menyebut tentang keperluan atau ketidakperluan testimoni pembaca disertakan dalam naskah LM ni, juga tentang kalau boleh pengakuan2 yang diletakkan di helaian depan LM ini dipilih dengan baik supaya tidak kedengaran terlalu melampau.

Annas secara jujurnya (ketika membaca testimoni tu semua) pun terasa seolah2 macam best sangat je LM ni, macam tak caye pulak..hehe..ye lah, kadang2 banyak yang jumpa lebih ‘indah khabar dari rupa’.. maaf kak Nisah!

Tapi mengejutkan, bila mula baca LM sampai la ke helaian terakhirnya..annas akui diri ni juga akan memberikan pengakuan yang serupa. Tak pernah baca novel moden sekarang yang menyelitkan begitu banyak seni! Usai baca LM, annas teruja pula nak belajar berpuisi, bersyair..hehe"


Baca lanjut di sini.

Terima kasih, Annas!
.
.

Ulasan

Unknown berkata…
saya juga ada memberi komen setelah membaca LM....khamimi.blogspot.com..entri 29 oct 09
Tabir Khaizuran berkata…
salam bonda nisah..saya ada satu soalan mungkin tiada kena mengena pos ini.ia berkenaan dengan hak cipta..saya sedang merancang untuk membuat antologi untuk sebuah persatuan. bagaimana dengan selok beloknya? proposal, ISBN dan sebagainya..harap bonda Nisah tidak keberatan untuk membantu..salamma
Tabir Khaizuran berkata…
salam bonda Nisah, tahniah di atas kejayaan-kejayaan yang dikecapi. saya di sini ingin bertanya sesuatu yang berkaitan dengan hak cipta. saya sedang merancang untuk membuat antologi di bawah sebuat persatuan. Saya ingin tahu sedkit sebanyak selok beloknya. Saya amat berharap bonda Nisah tidak keberatan untuk membantu..salam hormat.

Catatan Popular