Istilah Bahasa Melayu yang kaya

Dipetik dari laman seorang Munsyi Dewan - Sdr Azhar Salleh.

Senarai perkataan yang mempunyai padanan di dalam Bahasa Melayu. Mari kita hidupkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan tinggalkan penggunaan istilah bahasa Inggeris apabila ada perkataan yang wujud di dalam bahasa kebangsaan.
  • apartment - PANGSAPURI
  • back-drop - LATAR PENTAS
  • bungee jumping - TERJUN LELABAH
  • cash and carry - BAYAR DAN BAWA
  • check-in - DAFTAR MASUK
  • check-out - DAFTAR KELUAR
  • clearance sale - JUALAN PERABIS
  • coffee garden - UJANA KOPI
  • coffee house - LAMIN KOPI
  • coffee shop - KEDAI KOPI
  • coffee terrace - ANJUNG KOPI
  • countdown - KIRA DETIK
  • cybercafe - KAFE SIBER
  • fitting room - BILIK ACU
  • homepage - LAMAN
  • homestay - PELANCONGAN DESA
  • homestead - TERATAK DESA
  • hypermarket - PASAR RAYA BESAR
  • jumbo sale - JUALAN RAKSASA
  • kiosk - KIOS/PONDOK
  • lakeside - PINGGIR TASIK
  • lounge - PERISTIRAHATAN
  • megamall - MEGAPURA
  • parkview - HADAP TAMAN
  • penthouse - MEGAPURI
  • resort - PERSANTAIAN
  • roadshow - JERAYAWARA
  • shop and pay - BELI DAN BAYAR
  • shuttle bus - BAS ULANG-ALIK
  • steamboat - STIMBOT
  • summer camp - KEM BINA DIRI
  • talkshow - BICARAWARA
  • tea garden - UJANA TEH
  • teleconference - TELESIDANG
  • theatrette - TEATER MINI
  • unplugged - NIRPLAG
  • user-friendly - MESRA PENGGUNA
  • virtual chat - BUAL MAYA
  • waiter - PRAMUSAJI
  • waitress - PRAMUSAJI
  • waterfront - PINGGIR AIR
  • webaholic - GILA WEB
  • wet kitchen - DAPUR BASAH
  • software - PERISIAN
  • hardware - PERKAKASAN
  • pause - JEDA
  • ballroom - DEWAN BESAR
  • banquet - BANKUET
  • buffet - BUFET
  • cocktail - KOKTEL
  • deluxe room - BILIK MEWAH
  • double room - BILIK KELAMIN
  • function room - BILIK MAJLIS
  • download - MUAT TURUN
  • access - CAPAIAN
  • budget hotel - HOTEL JIMAT
  • banana split - PISANG SEJOLI
  • float - MINUMAN APUNG

Ulasan

Puan, saya suka senarai ini.Sedap juga dengar Megapura Midvalley berbanding Midvalley Megamall.
SITI ZAINON ISMAIL berkata…
Minta pula si lidah Inggeris itu terjemahkan bahasa moyang kita: cantik,molek, jelita, lawa, rupawan,menawan, segak-sajak (ini hanya sebahagian kecil...yang kerap memeningkan perterjemah asing) ...
AVA berkata…
Salam,

terima kasih atas istilah yang sepatutnya kita gunakan. Mohon salin ke blog AVA.
homestay - PELANCONGAN DESA

Ada juga yang memanggilnya inapdesa. Namun lebih variasi dan menambah kosa kata
Naj AB berkata…
Puan Nisah, izinkan saya menambah: bagi homestay, saya pernah terlihat istilah 'inap desa' juga. Ringkas dan manis.
abdullahjones berkata…
banquet - BANKUET
buffet - BUFET>>>>

mengapa ini tidak dimelayukan dan gila web sepatutnya jadi gila laman jika ikut terjemahan-terjemahan diatas.
K.H berkata…
Puan Nisah dan rakan pembaca,

Sejauh manakah perlunya diistilahkan semula istilah yang memang khusus menentukan maknanya, dalam bahasa asal?

Webaholic, bungee dan jumbo sebagai contoh. Istilah seperti ini, bukanlah istilah pinjaman (dalam bahasa asal) yang ada makna lain selain daripada maknanya itu. Pada saya istilah-istilah ini terlihat asli jika dimelayukan terus dengan perubahan ejaan mengikut sebutan BM. Tambahan pula BM tiada istilah khusus yang seerti dengan istilah itu (atau mungkin wajar diwujudkan dengan berasaskan perkataan lain yang sedia wujud dalam BM).

Setidaknya, kosa kata BM tidak rugi daripada pewujudan istilah yang dalam BI pun baru wujud kerana wujudnya objek tersebut. Contoh, bungee jumping apabila menggunakan sejenis tali bernama bungee. Lelabah, tidak pula nampak khusus membawa maksud bungee.

- Sekadar mencetuskan buah fikir.
Nisah Haji Haron berkata…
Terima kasih atas semua respons. Senarai ini merupakan alternatif dan bukannya paksaan. Tepuk dada, tanyalah lidah sendiri.

Mana yang terkurang, terasa janggal dan sebagainya, cubalah pula datangkan pilihan lain. Mengkritik memang mudah tetapi memdatangkan cadangan selalunya orang buntu.

Antara tugas Munsyi Dewan ialah membantu memperkaya kosa kata dalam bahasa Melayu. Jika tak setuju, teruskan sahajalah dengan istilah pilihan sdr. Tiada paksaan. Saya bukan Munsyi Dewan pun, tetapi saya sayangkan bahasa saya.

Tentang "inap desa", ya, saya juga pernah terdengar dan suka amat dengan istilah itu. Oleh itu, kita tambah memperkaya bahasa kita.
Azhar Salleh berkata…
Salam Puan Nisah,
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian, keprihatinan, dan kesungguhan puan untuk memaparkan terjemahan istilah ini. Setelah meneliti komen rakan-rakan yang lain, terdapat pelbagai pandangan. Ya, perbezaan pandangan merupakan indikator yang sihat dalam penyebaran sesuatu ilmu atau hujah. Tidak ada suatu pandangan pun yang tersimpang, yang jelas memperlihatkan masih banyak Melayu yang sayang akan bahasanya. Marilah kita bersama-sama untuk memartabatkan BM yang makin terhakis di bumi sendiri. Marilah kita bersama-sama menggunakan BM yang betul dan persis, khususnya dalam laras rasmi. Tugas ini bukanlah perlu dipikul oleh DBP semata-mata, ataupun Munsyi Dewan sahaja, malahan sesiapa yang tercatat "bin" dan "binti" pada kad pengenalannya, marilah kita berusaha ke arah itu, kerana dengan usaha yang pelbagai ini pun, BM masih diinjak, bayangkan sekiranya kita tidak melakukan apa-apa!
Tentang "homestay", DBP telah menggubal istilahnya, iaitu "inap desa".
Salam perjuangan bahasa.

Catatan Popular