Milikan Terbaharu - Beatrix Potter : The Complete Tales


Maklumat buku :

# Title : Beatrix Potter The Complete Tales
# Hardcover: 400 pages
# Publisher: Warne; illustrated edition edition (October 19, 2006)
# Language: English
# ISBN-10: 072325804X
# ISBN-13: 978-0723258049
# Product Dimensions: 10.5 x 8.2 x 1.6 inches
(sumber : Amazon.com)


Hadiah untuk anak-anak yang suka membaca.

Buku ini juga saya beli setelah menonton filem "Miss Potter" (2006). Saya ingin dapatkan koleksi lengkap semua cerita kanak-kanak yang telah telah dihasilkan oleh Beatrix Potter lama dahulu.

Kepada yang pernah menonton filemnya, buku ini juga dilengkapi lukisan yang The Rabbits' Christmas Party yang tidak dilengkapkan ceritanya selepas Norman Wearne, sahabat dan juga wakil penerbit, meninggal dunia. Beatrix juga digambarkan oleh filem itu, hampir mengahwini Norman.

Saya pilih buku ini berbanding judul-judul lain kerana naskhah ini merupakan koleksi karyanya yang paling lengkap. Disertakan juga ilustrasi yang asli. Seperti yang diketahui, Beatrix Potter bukan sekadar penulis, beliau juga melukis sendiri setiap imej di dalam buku-bukunya.

Buku ini menjadi menarik dan sangat sesuai untuk bacaan kanak-kanak kerana tulisannya memang jelas disasarkan kepada kelompok itu. Menurut the making of - ada beberapa cerita yang ditulis di dalam buku ini asalnya, sebuah surat yang ditujukan kepada rakannya yang sakit. Ketika mengarang cerita itu, Beatrix masih lagi muda dan hampir sebaya dengan rakannya itu. Jelas, dengan memahami khalayaknya, Beatrix Potter dapat meyakinkan khalayak pembacanya.

Selain The Tales of Peter Rabbit, anak-anak saya juga menggemari The Tale of Squirrel Nutskin. Kini, anak-anak yang boleh membaca, boleh membaca mana-mana cerita kegemaran pada bila-bila masa. Ada 23 buah cerita di dalam koleksi ini. Ada juga bonus 4 kumpulan lukisannya beserta catatan mengenai lukisan tersebut - Three Little Mice, The Sly Old Cat, The Fox and the Stork dan The Rabbits' Christmas Party.

Mengikut laman Amazon.com, buku ini sepatutnya dijual dengan harga USD40, tetapi ketika saya memesannya buku ini dijual dengan harga USD25.20 - Tak sampai RM100 untuk buku yang menggunakan art paper, 400 halaman, penuh warna-warni! Pada saya, ini suatu pembelian yang amat bernilai dan buku ini boleh sahaja dibaca oleh cucu cicit kelak.

Ulasan

ILHAM HAMDANI berkata…
Assalamualaikum,

Didoakan Puan Nisah bahagia!

Tulisan Puan tentang lawatan ke daerah Amir Hamzah mengingatkan saya kepada novel Nyanyi Sunyi yang ditulis oleh Maskiah Masrom, keluaran PTS. Ya, novel ini adalah inspirasi daripada kisah-kisah Amir Hamzah, Tengku Kamalia, dan Ilik. Sangat menarik!
Bunnybaby berkata…
Salam Puan Nisah.

Wah! Cemburunya saya! Sungguh bertuah anak-anak puan. Saya juga mengingini buku ini, dan juga buku Beatrix Potter yang lain. Masih menangguhkan pembeliannya sehingga kini, kerana senarai impian terlalu panjang :-p
Nisah Haji Haron berkata…
Bunnybaby,
Saya fikir pembelian yang ini usah ditangguhkan. Walaupun koleksi ini untuk bacaan anak-anak, tetapi orang dewasa juga dapat menikmatinya. Senarai impian saya juga panjang, tetapi, ada beberapa keutamaan yang saya beli juga, tanpa menunggu lebih lanjut.

Catatan Popular