Terbit di Blog ertinya sudah terbit
Puan,
Saya ingin bertanyakan satu soalan:
Apabila kita menghasilkan cerpen/karya lalu diletakkan didalam blog, adakah masih boleh sesebuah karya itu ditampilkan pada media yang lain.
Sebagai contoh, seseorang menghasilkan sebuah cerpen lalu diletakkan di dalam blognya. Kemudian dia menghantar cerpen yang sama kepada pihak majalah untuk disiarkan. Ataupun, penulis mengarang novel lalu meletakkan hasilnya pada blog kemudian dihantar kepada pihak penerbitan untuk diterbitkan.
Adakah sebarang undang-undang yang memerlukan kita setelah menghantar karya kepada pihak tertentu, perlu untuk memadamkan hasil itu pada laman blog sendiri?
Jawapan :
Saya pernah tulis isu ini dahulu di dalam entri yang berjudul "Terbit di maya, terbit di kertas". Namun, dalam memberi kesedaran kepada umum, saya tidak akan berasa jemu mengulangnya.
Fenomena ini biasa berlaku. Setelah saya tegur dalam entri yang tersebut di atas, ada kurang sikit. Kini saya lihat semakin berleluasa. Blog bercambah seperti jagung menjadi bertih. Di dalam beberapa saat, ada sahaja yang mahu mengungkapkan sesuatu di dalam blog masing-masing. Ada yang menulis puisi, cerpen dan tidak kurang juga novel.
Isu ini juga pernah saya beri reaksi panjang di dalam blog Zaid Akhtar. Lihat entri : Sayembara - Teruja atau Jahil Etika.
Ringkasnya, begini:
SUMPAH SETIA TANJUNG PIAI
(Buat teman-teman yang berjuang dengan pena)
Oleh : NISAH HAJI HARON
Ketika tikaman datang bersama petah bicara
Luka dan bisanya maha dalam
Tetapi ajal bukan dalam
jarimu tergenggam;
Entah dengan senjata mana
Meski pisau haloba
atau keris iri
atau panah hasad.
Untuk apa sumpah setia di Tanjung Piai
Untuk apa resolusi gah tak tergapai
Persis ikatan kata-kata tak terkota
Himpunlah seberapa banyak sumpah
Selagi diri tidak berubah
Sayap perjuangan takkan terarah
(Salahkah kita berdiri atas lantai sederhana)
Andai kiblatmu kini kutanyakan
Mampukah kalian katakan
Hasil penamu hasil dorongan
bukan desakan
tanda ringgit empat berangka;
Karya itu terpaksa kautulis, katamu
Namun siapa yang memaksa
Lantaran sekadar
mahu membariskan sepotong nama
di bawah judul karya sebanyaknya.
Langsung kau pun menginjak-injak
Agar kau boleh melonjak lebih tinggi
Mereka pun akur-pasrah memberi laluan izin
Kerana mereka juga percaya
Setiap yang di bawah
Esok-esok bergilir ke atas.
Biarlah kutekap luka tikaman kata
Benang-benang perjuangan ini
Biarlah kusambung sendiri.
Cara kita mungkin berbeza
Tetapi,
Kitalah penjunjung amanah-Nya
Doaku teriring moga kau tidak lemas
Di laut taksub alpa
Setelah meninggalkan Tanjung Piai dan sumpah setianya!
27 Sept 2005 – 2 Disember 2005
Seremban – UKM – Bachok.
Sumber : Berita Minggu, 29 Januari 2006
Saya juga pernah dimaklumkan bahawa sebuah novel yang memenangi sayembara daripada penganjur yang tersohor, pernah diterbitkan di blog pengarangnya secara bersiri. Sedangkan, syarat ketat penganjuran menyatakan bahawa karya yang dikirimkan bagi tujuan sayembara mestilah TIDAK PERNAH DITERBITKAN SEBELUM INI. Syarat itu cukup jelas. Dalam hal 'terbit', ertinya tidak pernah terbit di blog sendiri.
Dalam hal sayembara, panel penilai tidak dapat melihat nama pengarangnya ketika menilai manuskrip. Perbuatan menerbitkan di blog mendedahkan identiti pengarangnya. Manuskrip tersebut berhak dilucuthak daripada dipertandingkan.
Saya tahu ramai yang buat kerja-kerja terbit puisi, cerpen, novel di blog masing-masing. Selepas itu hantar ke media cetak. Kalau menerbitkan sendiri dalam bentuk buku sebagai kumpulan-puisi-yang-pernah-terbit-di-blog-sendiri, misalnya, itu tidak menjadi hal. Yang saya maksudkan di sini ialah terbitan secara eceran di media-media cetak.
Sekarang anda sudah tahu, jangan buat lagi, ok!
Jagalah etika dan maruah diri sebagai penulis.
.

- Apabila menulis karya di blog, karya yang sama tidak boleh dikirimkan ke akhbar / majalah untuk diterbitkan semula secara eceran. Eceran ertinya bukan di dalam bentuk buku.
- Terbit bermaksud boleh dinikmati atau dibaca oleh orang awam. Dalam undang-undang, lebih dari 3 orang sudah dikira made public. Oleh itu, dalam hal undang-undang fitnah misalnya, kalau bergosip berdua belum lagi jadi fitnah (dalam erti kata undang-undang, ya), tetapi apabila gosip itu berlanjutan kepada orang ketiga dan gosip itu tidak benar, terus boleh dikategorikan sebagai fitnah dan boleh disaman oleh pihak difitnah.
- Terbit di dalam Bahasa Inggeris disebut published. Oleh itu, menyiarkan karya itu di blog samalah ertinya karya itu sudah pun terbit terlebih dahulu sebelum diberikan kepada media cetak untuk diterbitkan dalam versi cetak. Sebab itu ada butang yang bertanda "publish post" di bawah kotak entri.
- Bayangkan anda ini sasterawan tersohor, misalnya, SN A. Samad Said. Katakan Pak Samad ada blog dan puisi-puisinya sering terbit di blog itu. Oleh sebab dia ada peminat, tentulah peminatnya akan mengikuti perkembangan puisi-puisinya di blog Pak Samad.
- Suatu hari Pak Samad berhasrat untuk mengirimkan sebuah puisi panjangnya di akhbar. Editor mana yang tak akan menadah tangan? Tentulah mereka terima dan mahu menerbitkannya. Apatah lagi, apabila orang tahu puisi Pak Samad ada di dalam akhbar pada hari yang berkenaan, itu sahaja sudah boleh melariskan akhbar.
- Namun, puisi yang Pak Samad serahkan itu sudah terbit di dalam blognya. Semua peminatnya sudah baca karya tersebut. Ini bukan puisi baharu Pak Samad. Ya, peminatnya masih lagi beli akhbar itu, sekadar untuk buat koleksi, barangkali. Tetapi, yang lain tak perlu beli akhbar pun tak mengapa, boleh saja akses dari blog Pak Samad bukan.
- Nah, puisi ini bukan lagi eksklusif di akhbar tersebut. Akhbar itu telah menerbitkan puisi yang sudah pun dibaca orang.
- Sekarang kembalikan diri anda yang sebenar. Anda bukan Pak Samad. Namun, itu tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya menerbitkan puisi di blog dan berkata, "Alah, saya bukannya siapa-siapa. Saja suka-suka nak terbit di blog. Nak kongsi perasaan dengan orang lain."
- Itu alasan pilihan anda. Sekali lagi, editor yang mengetahui akan perangai anda yang sudah terbit dulu di blog kemudian, setelah basi baru hantar kepadanya, akan ambil ingatan akan nama anda. Editor akan lebih berhati-hati dalam memilih karya anda. Editor dan akhbar/majalahnya tentulah tidak mahu dikatakan menerbitkan karya yang sudah terbit di tempat lain.
- Secara amalannya, penerbit tidak akan menerbitkan karya yang sudah terbit di media cetak yang lain. Namun, dengan kepesatan teknologi maya pada hari ini, ramai editor yang mengikuti perkembangan penulis dan calon penulis yang telah menerbitkan karya mereka terlebih dahulu di blog.
- Jika ada karya yang belum terbit di media cetak tetapi sudah ada di blog, sila padamkan dan simpan untuk koleksi peribadi. Walaupun ini tidak mengubah hakikat bahawa karya ini pernah diterbitkan, namun, ini satu tindakan yang paling wajar yang dapat anda lakukan.
- Setelah karya itu terbit di media cetak, anda boleh uar-uarkan di blog. Itu pun siarkan sebahagian kecil sahaja. Untuk jadi teaser. Suruh pembaca dapatkan yang asli dari sumbernya.
- Jika ada sumber dalam akhbar online, pautkan dari blog anda kepada sumber asalnya.Bagi karya yang terbit di majalah bulanan, tidak boleh siarkan karya anda sehinggalah bulan berikutnya. Bagi akhbar harian, tempohnya sehari. Akhbar mingguan, tempohnya seminggu. Dan begitulah seterusnya.
- Jika harus menerbitkan semula di blog, kreditkan sumber asalnya sebagai contoh di bawah :
SUMPAH SETIA TANJUNG PIAI
(Buat teman-teman yang berjuang dengan pena)
Oleh : NISAH HAJI HARON
Ketika tikaman datang bersama petah bicara
Luka dan bisanya maha dalam
Tetapi ajal bukan dalam
jarimu tergenggam;
Entah dengan senjata mana
Meski pisau haloba
atau keris iri
atau panah hasad.
Untuk apa sumpah setia di Tanjung Piai
Untuk apa resolusi gah tak tergapai
Persis ikatan kata-kata tak terkota
Himpunlah seberapa banyak sumpah
Selagi diri tidak berubah
Sayap perjuangan takkan terarah
(Salahkah kita berdiri atas lantai sederhana)
Andai kiblatmu kini kutanyakan
Mampukah kalian katakan
Hasil penamu hasil dorongan
bukan desakan
tanda ringgit empat berangka;
Karya itu terpaksa kautulis, katamu
Namun siapa yang memaksa
Lantaran sekadar
mahu membariskan sepotong nama
di bawah judul karya sebanyaknya.
Langsung kau pun menginjak-injak
Agar kau boleh melonjak lebih tinggi
Mereka pun akur-pasrah memberi laluan izin
Kerana mereka juga percaya
Setiap yang di bawah
Esok-esok bergilir ke atas.
Biarlah kutekap luka tikaman kata
Benang-benang perjuangan ini
Biarlah kusambung sendiri.
Cara kita mungkin berbeza
Tetapi,
Kitalah penjunjung amanah-Nya
Doaku teriring moga kau tidak lemas
Di laut taksub alpa
Setelah meninggalkan Tanjung Piai dan sumpah setianya!
27 Sept 2005 – 2 Disember 2005
Seremban – UKM – Bachok.
Sumber : Berita Minggu, 29 Januari 2006
Saya juga pernah dimaklumkan bahawa sebuah novel yang memenangi sayembara daripada penganjur yang tersohor, pernah diterbitkan di blog pengarangnya secara bersiri. Sedangkan, syarat ketat penganjuran menyatakan bahawa karya yang dikirimkan bagi tujuan sayembara mestilah TIDAK PERNAH DITERBITKAN SEBELUM INI. Syarat itu cukup jelas. Dalam hal 'terbit', ertinya tidak pernah terbit di blog sendiri.
Dalam hal sayembara, panel penilai tidak dapat melihat nama pengarangnya ketika menilai manuskrip. Perbuatan menerbitkan di blog mendedahkan identiti pengarangnya. Manuskrip tersebut berhak dilucuthak daripada dipertandingkan.
Saya tahu ramai yang buat kerja-kerja terbit puisi, cerpen, novel di blog masing-masing. Selepas itu hantar ke media cetak. Kalau menerbitkan sendiri dalam bentuk buku sebagai kumpulan-puisi-yang-pernah-terbit-di-blog-sendiri, misalnya, itu tidak menjadi hal. Yang saya maksudkan di sini ialah terbitan secara eceran di media-media cetak.
Sekarang anda sudah tahu, jangan buat lagi, ok!
Jagalah etika dan maruah diri sebagai penulis.
.
.
Ulasan
Izinkan saya merujuk contoh bengkel penulisan yang dijalankan secara online dan kemudiannya bahan penulisan tersebut terbit di dalam mana-mana media cetak. Apa kedudukannya jika bahan itu diubah suai terlebih dahulu dan tidak serupa seratus peratus dengan yang dibengkelkan secara online tersebut? Apakah ia masih menyalahi etika.
Terima kasih lebih dulu atas penjelasan Kak Nisah.
contoh.
The Matrix Trilogy. Mereka tayangkan animasi dan komik secara online. Semuanya karya Penuh, bukan sekadar review. Mereka jual video dan komik itu ke pasaran terbuka.
Rujukan:
http://whatisthematrix.warnerbros.com/rl_cmp/comics_frames.html
Begitu juga dengan pengarah Michael Gondry dan beberapa penerbit dari Jepun yang lain.
Agar beroleh ketenangan.
Beberapa pertanyaan ingin saya ujarkan bersangkutan isu yang bermanafaat ini.
Bagaimanakah seandainya wujud keadaan tidak pernah dihantar mana-mana tulisan seseorang itu kepada mana-mana penerbitan yang bermakna tidak pernah dihantar ke mana-mana media cetak yang berupa akhbar atau majallah yang bermakna dia tidak pernah mendapat sesen pun dari pencatatannya.
Berasaskan kenyataan di atas bagaimanakah blog dianggap penerbit apabila tidak wujud persetujuan pemblog untuk hasil catatannya dimanipulasikan (bukan isu plagiat)tatkala terserlah siber dan pesanan ringkas melalui medium eletronik dijadikan sebagai persaingan yang dilakukan di dalam pengetahuan pihak berwajib menerusi syarikat telekomunikasinya,media akhbarnya, dan media penyiarannya?
Bagaimana pula keadaannya tatkala catatan di fail peribadi di microsoft words yang belum dipaparkan di blog telah diikuti yakni dibaca (tanpa pengetahuan pencatatnya)?
Adakah catatan yang diperlakukan seperti ini dianggap sebagai 'harta rezab' pihak software dan pemilik jenama laptop misalnya yang upaya dianggap sebagai pertaruhan pihak-pihak tertentu yang melindungi imej 'kapitalis' di kalangan kroni?
Atau di atas sandaran apa ia mahu dianggap sebagai wujud penginstitusian pendidikan menerusi pencatatan di blog?
Adakah penggunaan nama samaran menjadikan pengguna tidak dipelihara oleh undang-undang sedangkan wujud pengetahuan siapa pemilik samaran itu?
Bagaimana mahu dituntut kehilangan catatan di kotak tapak catatan google setelah ia sah disimpan di dalam draft tetapi tidak berjaya dipaparkan di blog.
Bagaimana pula dengan kehilangan catatan di email-email peribadi yang tidak berjaya dituntut sementelahan wujud keadaan yang upaya dicurigai seperti email dicerobohi?
Apakah pilihan yang terbaik tatkala diketahui bahawa keadaan tetap sama dihadapi tatkala catatan dipaparkan di blog mahu pun hanya disimpan di dalam fail peribadi bahawa catatan dilayari oleh pihak ke dua?
Bagaimana jika pencatat asal tidak pernah mewakilkan dirinya kepada sesiapa apakah upaya hak-haknya dipelihara oleh undang-undang?
Terima Kasih.
1. Maklumat dan keterangan dalam entri ini cukup berguna dan bermanfaat buat saya dan semua pembaca blog puan.
2. Sekadar ingin bertanya, saya pernah paparkan 2-3 foto yang dirakam rasmi dalam satu acara melalui satu entri blog saya; selang 1-2 bulan selepas itu satu foto itu yang disedari oleh saya telah diambil 'tanpa izin dan maklum' (melalui telefon atau bersemuka - jika penulis ini mohon izin atau khabarkan melalui telefon pun saya tidak kisah, malah saya rasa senang hati...) terbit dan tersiar dalam satu ruangan berita majalah. Apakah sisi undang-undang tentang hal ini?
Terima kasih puan.
Adakah ini kesalahan undang-undang ataupun sekadar etika penulis?
Sebab ada beberapa penerbit besar dari luar membenarkan hal ini berlaku dengan alasan mereka tersendiri.