Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 - Siri 1

Inilah hasil 'tangkapan' setelah meredah ombak samudera buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 untuk hari pertama. Kriteria pembelian buku-buku ialah mengikut tahap kesukaran untuk mendapatkan buku-buku ini di pasaran terbuka. Terus terang, saya tidak berapa terliur dengan harga murah yang ditawarkan. Ini bukanlah kerana saya banyak wang untuk membelinya. Pada saya, pembelian buku-buku di Pesta Buku mestilah buku yang sukar untuk saya dapatkan dari cara-cara biasa, seperti di kedai-kedai buku. Atau, buku-buku itu boleh saya beli berserta dengan tandatangan pengarangnya sekali ataupun ada pakej buku istimewa yang tidak ditawarkan oleh kedai buku biasa.

Lantas, hasil 'tangkapan' hari ini adalah seperti yang berikut :-

a) Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu di Malaysia (Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara)
b) Bahagi Biar Adil (Md Ghazali Ibrahim - Mustread)
c) Nota Wasiat (Md Ghazali Ibrahim - Mustread)
d) Urus Harta Sebelum Mati (Md Ghazali Ibrahim - Mustread)
e) Menulis Ulasan Buku untuk Akhbar Majalah & Jurnal Ilmiah (Roosfa Hashim - Jahabersa)
f) Majalah Islamica - edisi terakhir (Februari 2009)
g) Anyaman Pandan dan Mengkuang (Kraftangan Malaysia)
h) Seni Dalam Senjata Melayu (Kraftangan Malaysia)
i) Motif-motif Batik (Kraftangan Malaysia)
j) Batik Tulis - Sistem Pengeluaran dan Teknik-Teknik Pembuatan (Kraftangan Malaysia)

Jumlah pembelian : RM87.50
Nilai buku : Tidak ternilai - terutamanya a), g) hingga j)


Ulasan

Unknown berkata…
Asalamualaikum,

Pesta Buku Antarabangsa KL hanya setahun sekali. Tak kira berapa banyak wang dihabiskan untuk membeli buku, ia tetap berbaloi. Saya belum sempat membeli-belah. Insya Allah, paling kurang mesti RM200 dihabiskan. Tak banyak manapun kalau dibandingkan dengan ilmu yang diperolehi.
Memang betul tu. Tak perlu berkira dengan wang yang kita keluarkan untuk ilmu yang berguna.

Saya pun dah pergi dan beli beberapa buah novel dan juga buku lain. Harap-harap semuanya akan memberi manfaat pada saya.

Catatan Popular