Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 - Siri 2


Hasil 'tangkapan' setelah meredah gelombang kedua. Samudera manusia di PBAKL agak mengganas tetapi tidak seganas yang dibayangkan. Barangkali, ramai yang masih menunggu untuk menyerang pada minggu depan (baca : masa itu gaji sudah masuk).
Di gerai Galeri Ilmu, ketika singgah sempat membeli buah tangan terkini Ustaz Hasrizal @ Saiful Islam Secangkir Teh Pengubat Letih dan sempat juga mendapatkan tandatangannya. Walaupun gerai penuh sesak, Ustaz Hasrizal tenang dan terus tersenyum melayani pembacanya.

Buku tentang penulisan - Writing Well - saya temui di booth Cambridge University Press di Aras 4 bagi melengkapkan lagi buku-buku tentang penulisan yang saya sering tekuni.
Tiada dalam gambar, buku-buku untuk anak-anak yang sempat saya beli dari Galeri Ilmu dan juga Sasbadi. Buku-buku itu telah 'disambar' sebaik-baik sahaja saya sampai ke rumah. Koleksi "Tell Me About..." yang diterbitkan dalam 6 siri itu sudah lama saya idam tetapi hanya pada PBAKL kali ini saya sempat membelinya.

2 buah CD diperoleh dari gerai Hijjaz Records bersama-sama dengan buku Kitab Ilmu Perubatan Kesufian (Thinkers Library).

Berikut senarai pembelian semalam :

  1. Tell Me About The Creation (Harun Yahya - Goodwordkidz)
  2. Tell Me About Islamic History (Luqman Nagy - Goodwordkidz)
  3. Tell Me About Hajj (Saniyasnaik Khan - Goodwordkidz)
  4. Tell Me About Musa (Saniyasnaik Khan - Goodwordkidz)
  5. Tell Me About Yusuf (Saniyasnaik Khan - Goodwordkidz)
  6. Tell Me About Muhammad (Saniyasnaik Khan - Goodwordkidz)
  7. Kamus Nilai (Zainudin Ismail - Al-Ameen Serve Holdings)
  8. Pahlawan Islam Kontemporari (Atriza Umar - Nisamedia)
  9. Nothing Is Sacred (Salleh Ben Joned - Maya Press)
  10. Writing Well (Mark Tredinnick - Cambridge University Press)
  11. Kitab Ilmu Perubatan Kesufian (Sheikh Hakim Moinuddin Chishti - Thinker's Library)
  12. Secangkir Teh Pengubat Letih (Hasrizal Abdul Jamil - Galeri Ilmu)
  13. CD Marhaban Ya Rasul - Asri Ibrahim (Hijjaz Record)
  14. CD Alunan Istighfar - Munif Ahmad)
* * *

Pada sebelah petangnya, saya ke booth PTS untuk sesi bersama-sama pengarang. Sepatutnya, saya dijadualkan sendirian di pentas. Namun, kehadiran Sinaganaga yang turut mempromosi Stingarden serta Nazri Anuar dengan Karipap Cinta amat menggamatkan keadaan. Saya perhatikan penonton tidak kering gusi dengan telatah mereka berdua yang amat menghidupkan sesi kami. Jika tidak, pastinya sesi saya seorang akan jadi amat 'serius'.


Gambar : Dari kiri - Nazri, Sinaganaga dan Nisah Haron

Sepatah kata Sinaganaga di dalam sesi kami: "Ketiga-tiga penulis yang berada di atas pentas ini merupakan penulis kelahiran April kerana Puan Nisah dan Encik Nazri lahir pada 20 April, dan saya sendiri pada 18 April. Oleh itu, kesimpulannya, penulis yang lahir dalam bulan April memang pandai menulis!"

Terima kasih kepada pihak PTS, khususnya para editor di PTS Litera (Puan Asma [gambar di sebelah], Faizah, Faslin dan kawan-kawannya) yang bertungkus-lumus mempromosi buku serta pengarangnya. Saya terasa amat dihargai.

Buat pertama kalinya, buku saya 'bersepah-sepah' di merata-rata kedai buku seluruh Malaysia. Tidak kedengaran lagi sesiapa yang merungut buku saya sukar dijumpai. Kali ini buku saya dapat bersaing dengan adil di kedai-kedai buku. Jika orang tidak membaca buku saya, itu pilihan pembaca. Bukannya mereka tidak membaca kerana buku tidak ada di kedai.

Insya-Allah, saya akan terus memberikan sokongan kepada penerbit seperti PTS dan penerbit-penerbit yang menghargai penulisnya. Dunia penerbitan buku bukan tugas bersendirian. Ini tugas bersama-sama : pengarang, editor, penerbit, pemasaran, promosi, kedai buku dan juga pembaca.

Sumber gambar segmen kedua : Blog & Facebook Sdr Nazri.


Ulasan

sinaganaga berkata…
Inilah satu-satunya sesi bersama penulis yang paling hip sekali di sepanjang PBAKL. Ha ha. Sampai rimas kakak kat kedai sebelah tu, ho ho.

Terima kasih kepada Nisah kerana sudi untuk berkongsi pentas dengan kami yang entah apa-apa ni.
Zainal Abdul Kadir berkata…
Ini tengah tunggu gajilah ni. Bulan lepas gaji gomen bayar gaji 8hb Februari. Ha ha ha. Apa-apapun sekalung tahniah buat Puan Nisah yang semakin aktif dan produktif dalam jagat penulisan.

Catatan Popular