Orang yang paling sibuk mampu menulis!


Ketika melayan sebuah buku yang baru sampai berjudul The Writer's Idea Book tulisan Jack Heffron, saya tejumpa ungkapan ini dan menyukainya :

"Recent psychological studies show that obstacles actually aid creativity. The tension between your desire to be creative and the obstacles you have to overcome sparks ideas, like rubbing two rocks together to ignite flame."

Terjemahannya lebih kurang begini : Kajian psikologi terkini menunjukkan bahawa halangan sebenarnya membantu pertumbuhan kreativiti. Ketegangan antara keinginan untuk berkreatif dan halangan yang perlu diatasi memercikkan ilham atau idea, ibarat menggosok dua biji batu untuk menghidupkan api.

Bukankah ketika kita sedang sibuk, berbagai-bagai idea menulis datang: terutama sekali ketika memasak, sedang menggosok baju, sedang menggosok gigi kerana mahu berkejar ke tempat kerja, ketika menjemput anak dari kelas petang, pada keadaan beginilah idea selalu ada dan kita tidak sempat mencatatnya. (Oleh itu, biasakan ada buku catatan/kertas di merata tempat berserta dengan satu pen/pensil.)

Katanya lagi :

When find a way to make it happen, that fuels our imaginations. In a recent New York Times articles, creativity consultant Roger von Oech sums up this idea well: "Skyscrapers weren't invented by people with a lot of land, but by those who had to figure out how to build more offices on tight and incredible expensive real estate." So, instead of cursing your obstacles, be grateful from them.
Terjemahan bebas : Apabila kita ikhtiarkan cara (untuk menulis/mencari masa), ini akan membakar (semangat) dan imaginasi. Dalam sebuah rencana di dalam New York Times, seorang konsultan kreativiti Roger von Oech merumuskannya dengan baik : "Bangunan tinggi bukan dicipta oleh mereka yang memiliki banyak tanah, sebaliknya oleh mereka yang harus memikirkan cara membina lebih banyak pejabat di ruang yang sempat di atas hartanah yang sangat mahal." Oleh itu, usah menyumpah seranah halangan yang datang kepada diri, sebaliknya bersyukurlah dengan kehadirannya.

Wah, saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Usah berharap bahawa apabila kita ada masa lapang nanti, kita akan menulis. Masa lapang itu ialah impian. Jika kita mengharapkan pada suatu hari nanti ketika ada masa lapang, akhirnya memang kita tidak akan menyudahkan cerpen itu, novel itu, drama itu dan sebagainya.

Tulislah hari ini. Biar sedikit (1/2 jam sehari) tetapi sungguh-sungguh (1/2 jam tanpa internet, FB, Astro, telefon bimbit dimatikan) dan selalu (lakukan setiap hari, atau setiap hari bekerja).

Insya-Allah, sesiapa yang berusaha, mencapai peluang yang ada, Allah tidak akan sia-siakan. Bukankah Allah sumber ilham kita semua!



Ulasan

Rebecca Ilham berkata…
Salam Kak Nisah,

betapa benar! Cerpen pertama saya di media pertama ditulis secara curi-curi sambil mengulangkaji pada minggu peperiksaan akhir. Dan kini, apabila ripuh di pejabat, malamnya mesti lancar menulis, biarpun hanya untuk dua jam setiap kali :)

Saya sering merungut 'bengang' dengan kerja hakiki yang mengisi masa sehingga separuh hari, namun dengan kesibukna itulah Tuhan mengurniakan ilham. Maka nikmat Tuhan inikah yang hendak saya dustakan?
fadz berkata…
ehem ehem, macam terpukullah..

tapi soalan: tulisan yg macam mana.. adakah itu termasuk novel? hehhehe..

baru-baru ini, alhamdulillah, sudal selesai pun menulis novelet (8-10 bulan rasanya).. tapi ya, saya baut sewaktu benar-benar tenang dan terluang.. ehem!
Sangat setuju dengan Pn Nisah juga Becky.

Kesibukan dan kepenatan sering menjadikan otak lebih kreatif berfikir apa yang harus ditulis biarpun punya luang masa lima minit, kerana kita tidak tahu apakah akan ada lima minit yang lapang selepas itu.

Malah saya lebih selesa jika sibuk dan terkejar-kejar kerana ilham juga mengejar-ngejar saya untuk mencoretnya seberapa segera
Nisah Haji Haron berkata…
Becky, Fadz & Norziati,
Setiap pengarang ada cara masing-masing untuk mencari dan mencuri masa. Kalau hendak tunggu betul-betul lapang, pada saya masa itu tidak akan datang.

Walaupun saya kini penulis sepenuh masa, nama saja begitu. It's a misnomer. Saya bukannya menulis sepanjang waktu yang saya tidak tidur. Saya juga sibuk mengurus anak ke sekolah, masak dan urusan yang sama seperti suri rumah yang lain. Saya juga perlu keluar untuk urusan rasmi selain memberi bengkel dan ceramah mengikut jadual yang ditetapkan.

Fadz, jika Fadz betul-betul percaya bahawa hanya dengan berhenti kerja ataupun mencari masa yang betul-betul lapang baru boleh menulis, lakukan sahaja. Carilah masa yang betul-betul lapang itu. Fadz, sebagai lelaki barangkali tidak memiliki kelebihan multi-tasking yang biasanya ada pada orang perempuan. Barangkali 'teori' saya ini tidak terpakai kepada mereka yang single-tasker. Entahlah, saya menulis berdasarkan pemerhatian kepada diri dan beberapa penulis lain yang saya baca tulisan mereka di dalam biografi masing-masing.
Mawar berkata…
Nis,
OP sejak tahun dulu yang kita kenal sudah berkali-kali kata: lagi sibuk, lagi banyak menulis! ingat tak?

ps: sebelum lupa, selamat panjang umur! (april 20)
Nisah Haji Haron berkata…
Ya Mawar! Betul tu. OP manusia paling sibuk yang saya pernah jumpa. Pagi di KK, petang sudah sampai di KL. Dia tu ada di mana-mana saja. Tenang dan sentiasa ada karya. Tak pernah mengeluh yang dia sibuk itu dan ini. Semoga Allah beri rahmat yang berpanjangan kepada guru kita ini. Al-Fatihah.
Mahaya Mohd. Yassin berkata…
Assalamualaikum Nisah yang baik,
Esok hari istimewamu, namun akak titipkan sesuatu awal agar cucu-cucu akak (anak-anakmu) juga dapat menzahirkan aura dan aroma hari penting ibu mereka, esok. Tanda kenangan ini sengaja sebegini. Mudah-mudahan mereka tergugah minda dan rasa, tak banyak sedikit terpikat untuk berasa 'nikmat' apabila terlibat dalam mandala bahasa dan sastera, seperti yang kita perjuangkan, insya-Allah.

Cenderamata
(sempena hari ulang tahun kelahiranmu, 20 April)

Apakah yang paling berharga
cenderamata
untuk ayah bonda?

Apakah yang paling cantik
cenderamata
untuk adik-beradik?

Apakah yang paling bermakna
cenderamata
untuk saudara-mara?

Apakah yang paling tepat
cenderamata
untuk para sahabat?

Apakah yang paling jitu
cenderamata
untuk guru-guru?

Sebenarnya
apa-apa pun yang diberi
sesuai belaka
keikhlasan yang utama
walaupun kecil, penting
walaupun murah, meriah.

Apabila di luar negara
cenderamata yang sangat mulia
ingatan
beriring doa sejahtera!

Mahaya Mohd.Yassin
Shiga, Jepun
19 April 2010
fadz berkata…
wah, begitu menaikkan semangat, saya turut menumpang gembira :)

ya, semalam, saya siapkan sebuah artikel untuk majalah dengan tidak tidur sampai 2 pagi.. takpe, mungkin itu nasib saya atas semangat, huhu..
Pa'al berkata…
puan nisah,

terima kasih atas perkongsian yg sangat memberi semangat ini! mudah2an kami penulis2 baru akan dapat mencontohi dan tidak tenggelam dalam kesibukan kerja.

salam sayangggg!

Catatan Popular