Hari Buku dan Hak Cipta


Ketika pencinta buku yang lain ripuh di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Saya diundang untuk membicarakan topik "Buku, Hak Cipta dan Royalti" bersama-sama Dr. Osman Ayob dan Tuan Shamsul Bahar (junior saya semasa di FUU UKM).

Turut hadir, penulis-penulis ASASI Kedah seperti Abd. Halim 'R', Ismail Restu dan ramai lagi. Alhamdulillah, auditorium perpustakaan dengan kapasiti 250 orang itu penuh sesak.

Semoga semakin ramai lagi yang bakal celik mata dalam hal-hal penulisan, hak cipta dan juga royalti.

Syabas kepada pihak penganjur!



Ulasan

Catatan Popular