Nisah Haron di PBAKL 2011

Saya akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 untuk mempromosi beberapa judul buku yang terbit pada tahun ini.
 
Berikut jadual saya (maklumat ini tepat setakat entri ini ditulis) :


sumber imej : www.dbp.gov.my



  • Promosi buku Bagaimana Saya Menulis - bersama-sama Dr. Mawar Safei
    • 27 April 2011 (Rabu)
    • 2.30 petang 
    • Anjuran DBP 
    • Bilik Kuala Lumpur, Aras 5, PWTC





  • Bersama-sama peminat di booth Al-Ameen dan memperkenalkan kumpulan cerpen saya yang terkini - Rindu Seorang Rafik
    • 29 April 2011 (Jumaat)
    • 3.00 petang 
    • Booth Al-Ameen Serve Holdings (Booth B07, B08, B17 dan D07 - D08 Ruang Legar PWTC



  • Buku kanak-kanak bergambar Hanani dan Semberani Merah Jambu bersama-sama dengan Emila Yusof (ilustrator)
    • 30 April 2011 (Sabtu)
    • 2.00 petang 
    • Anjuran Buku Prima (Karangkraf)
    • Dewan Tun Dr. Ismail (PWTC)


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dijadualkan berlangsung mulai
22 April - 1 Mei 2011.

Jumpa di sana, insya-Allah!


Ulasan

kiera syakirah berkata…
Assalamualaikum...
pesta buku ni bermula berapa hari bulan?
Nisah Haji Haron berkata…
Alaikumussalam Kiera,
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dijadualkan berlangsung mulai
22 April - 1 Mei 2011. Jumpa di sana, insya-Allah.
emilayusof berkata…
Salam Nisah. Saya kena berada di sana jugakah? Saya tidak diberitahu tentang hal ini.
Nisah Haji Haron berkata…
Salam Emila,
Saya dah maklumkan pada penerbit : mesti undang Emila sama. Hanani adalah hasil kerja kita bersama-sama. Kalau saya diundang, ertinya mereka mesti Emila diundang juga. Kalau tak dapat hadir, itu cerita lain.

Already insisted to them with another reminder.

Harap dapat hadir ya. Anak-anak saya sangat berharap. Saya lebih lagi. :-)

Catatan Popular