Kembara Sastera 24 : Dublin Bhg. 6
James Joyce seperti bermain sembunyi-sembunyi dengan kami. Umpama novelnya juga yang agak susah dihadam itu. Dia bukannya orang yang sangat langsung dan mampu menyampaikan pemikirannya dengan ayat mudah dan selapis. Selalunya ada berlapis-lapis makna yang harus ditembusi sebelum sampai kepada maksud yang sebenarnya.
Pada mulanya, semua nampak senang. Mengikut papan tanda, The James Joyce Centre hanya 200m dari tempat kami berdiri. Kelihatannya, kalau jalan terus pasti terjumpa. Sebagaimana karya James Joyce, perjalanan itu tidaklah demikian langsungnya.
Kami juga juga jadi berpusing-pusing dari Dublin Writers' Museum menuju James Joyce Centre yang beralamat di 35 North Great Georges Street, Dublin 1 itu. Kalau mengikut peta yang ditunjukkan, kedudukannya tidak berapa jauh dari Dublin Writers Museum yang tidak jauh dari Garden of Remembrance itu. Mungkin kerana saya yang leka memandang ke sini sana dan Ainun juga melayan soalan itu ini dari saya, kami terlajak sampai ke Mountjoy Square Park.
Berkali-kali Ainun merujuk peta di tangannya. Nampak macam dekat, tetapi tak tahu bagaimana boleh jadi bertambah jauh. Ketika di kawasan Mountjoy Square Park, mula terpandang-pandang mencari sesiapa yang boleh dijadikan tempat bertanya. Seorang wanita berambut perang muda berhenti dan dengan sungguh-sungguh menerangkan laluan kami. Seperti juga di Malaysia, belum tentu semua orang tahu di mana rumah sasterawan negaranya. Kalau orang tanya saya, bagaimana mahu ke rumah SN Abdullah Hussain, saya mungkin mampu tersenyum sahaja kerana saya tak berapa mahir kawasan Petaling Jaya walaupun sudah beberapa kali ke rumahnya. Jadi, pertolongan wanitu itu tadi amat kami hargai.
Setelah berlegar-legar di kawasan yang tidaklah berapa jauh itu, barulah kami sampai ke tempat yang dituju. Hati saya berbunga. Ada hikmah apabila Tuhan berikan jalan yang jauh. Semakin sukar untuk kita mendapat sesuatu, biasanya kita akan lebih menghargai apa yang diperoleh.
James Joyce dengan cermin mata bulatnya yang sangat ikonik itu merenung kehadiran kami dengan tenang. Dengan bayaran masuk sebanyak 5 Euro, kami dibenarkan melangkah dan melihat sendiri apa yang Joyce tinggalkan untuk bangsanya dan kesusasteraan sejagat.
Khabarnya, selama hayat James Joyce, dia berpindah randah selama 17 kali dan secara teorinya dia ada 17 alamat kerana pernah tinggal di 17 buah rumah. Satu daripada rumah itu, pintunya sahaja dapat diselamatkan (kerana bangunan itu telah pun diruntuhkan untuk tujuan pembangunan bandar) dan pintu yang tinggal itu turut dipamerkan di sini. Pintu yang selamat itu dinamakan The Door to No. 7 Eccles Street yang kini sudah pun menjadi kedai Mark & Spencer.
The James Joyce Centre dengan sifatnya sebagai tempat yang merumahkan barang-barang tinggalan beliau dan cuba mereplikakan kehidupannya, khususnya dalam hal-hal penulisan. Ada banyak memorabilia yang tersimpan dalam keadaan yang baik, seperti meja tulisnya (yang dikekalkan berselerak), rak buku yang turut menjadi tempat gantung baju anaknya dan juga katilnya, seperti mana rumah orang-orang Irish yang lain, saya fikir.
Di tepi tangga dalam perjalanan ke tingkat 2 ada sebuah rak buku yang menghimpunkan buku-buku James Joyce di dalam bahasa lain. Walaupun novelnya Ulysses, dinobatkan sebagai antara 100 novel terbaik abad ke-20, novel terbaik dalam sejarah kesusasteraan moden dan telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, saya tidak bertemu dengan edisi terjemahan Bahasa Melayu. Apakah saya yang tidak menjumpainya (lantaran kejahilan diri sendiri?) atau sememangnya memang tidak wujud edisi terjemahan di dalam Bahasa Melayu. Apakah ketebalan hampir 1,000 halaman (bergantung kepada edisi) dan kandungannya yang mencabar itu tidak mampu diterjemahkan oleh sesiapa sahaja? Mungkin ini juga suatu cabaran kepada Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
Ada kemungkinan juga kita tidak dapat membeli hak menterjemah daripada waris Joyce iaitu cucunya, Stephen Joyce yang dikatakan terlalu rigid dalam menjaga hak cipta warisan keluarganya itu. (N.B. Boleh baca lebih lanjut di sini dan di sini.)
Ulysses turut menjadi subjek kes yang timbul sejak penerbitannya. Termasuklah kes perlanggaran moral (lucah) dalam United States v. One Book Called Ulysses. Mahkamah Amerika Syarikat memutuskan bahawa buku itu tidak demikian :
Kami juga juga jadi berpusing-pusing dari Dublin Writers' Museum menuju James Joyce Centre yang beralamat di 35 North Great Georges Street, Dublin 1 itu. Kalau mengikut peta yang ditunjukkan, kedudukannya tidak berapa jauh dari Dublin Writers Museum yang tidak jauh dari Garden of Remembrance itu. Mungkin kerana saya yang leka memandang ke sini sana dan Ainun juga melayan soalan itu ini dari saya, kami terlajak sampai ke Mountjoy Square Park.
Peta dari Dublin Writers Museum ke James Joyce Centre mengikut Google Map |
Setelah berlegar-legar di kawasan yang tidaklah berapa jauh itu, barulah kami sampai ke tempat yang dituju. Hati saya berbunga. Ada hikmah apabila Tuhan berikan jalan yang jauh. Semakin sukar untuk kita mendapat sesuatu, biasanya kita akan lebih menghargai apa yang diperoleh.
Perkara pertama apabila sampai ke tempat ini : bergambar! |
Khabarnya, selama hayat James Joyce, dia berpindah randah selama 17 kali dan secara teorinya dia ada 17 alamat kerana pernah tinggal di 17 buah rumah. Satu daripada rumah itu, pintunya sahaja dapat diselamatkan (kerana bangunan itu telah pun diruntuhkan untuk tujuan pembangunan bandar) dan pintu yang tinggal itu turut dipamerkan di sini. Pintu yang selamat itu dinamakan The Door to No. 7 Eccles Street yang kini sudah pun menjadi kedai Mark & Spencer.
The Door to No. 7 Eccles Street |
The James Joyce Centre dengan sifatnya sebagai tempat yang merumahkan barang-barang tinggalan beliau dan cuba mereplikakan kehidupannya, khususnya dalam hal-hal penulisan. Ada banyak memorabilia yang tersimpan dalam keadaan yang baik, seperti meja tulisnya (yang dikekalkan berselerak), rak buku yang turut menjadi tempat gantung baju anaknya dan juga katilnya, seperti mana rumah orang-orang Irish yang lain, saya fikir.
Ulysses oleh James Joyce |
Ada kemungkinan juga kita tidak dapat membeli hak menterjemah daripada waris Joyce iaitu cucunya, Stephen Joyce yang dikatakan terlalu rigid dalam menjaga hak cipta warisan keluarganya itu. (N.B. Boleh baca lebih lanjut di sini dan di sini.)
Ulysses turut menjadi subjek kes yang timbul sejak penerbitannya. Termasuklah kes perlanggaran moral (lucah) dalam United States v. One Book Called Ulysses. Mahkamah Amerika Syarikat memutuskan bahawa buku itu tidak demikian :
sumber : WikipediaAt issue was whether James Joyce's novel Ulysses was obscene. In deciding it was not, Judge John M. Woolsey opened the door to importation and publication of serious works of literature, even when they used coarse language or involved sexual subjects.
The trial court's decision was affirmed by the United States Court of Appeals for the Second Circuit, which confirmed that offensive language in a literary work is not obscene where it does not promote lust. But Judge Woolsey's trial court opinion is now more widely known, and often cited as an erudite and discerning affirmation of literary free expression.
Ulysses juga pernah dicetak rompak, diharamkan di sesetengah negara dan semua itu telah meninggikan lagi nama James Joyce dan karyanya. Anehnya, novel itu tidak pernah diharamkan langsung di Ireland. Terbit pada pertama kali sebagai buku yang lengkap pada tahun 1922, Ulysses diterbitkan oleh Sylvia Beach, pemilik kedai buku legenda Shakespeare and Co di Paris. Zaman itu ialah zaman kegemilangan karya-karya moden kerana pada zaman yang sama Hemingway, turut pernah berada di Paris dan menyebut tentang Shakespeare & Co dalam novel memoirnya A Moveable Feast. Hemingway turut menyebut pertemuannya dengan Joyce dalam buku yang sama.
Dalam tulisan yang lain pula, ada dinyatakan bagaimana Joyce sengaja menulis Ulysses seperti yang ada sekarang kerana dia mahu karya itu terus 'hidup' dan diperkatakan sampai bila-bila. Ini juga satu strategi yang unik. Bukankah setiap pengarang mahukan karyanya kekal hidup dan tahan zaman. Joyce telah membuktikannya.
sumber : WikipediaJoyce divided Ulysses into eighteen chapters or "episodes". At first glance much of the book may appear unstructured and chaotic; Joyce once said that he had "put in so many enigmas and puzzles that it will keep the professors busy for centuries arguing over what I meant", which would earn the novel "immortality".
Catatan tentang singgahan Joyce ke Paris ini juga disebut pada gambar yang dipamerkan di The James Joyce Centre ini. |
Saya berehat di situ sambil mencatatkan beberapa perkara yang mesti ditulis dalam buku khas kembara supaya tidak lupa.Terima kasih kepada Ainun yang rajin mengabadikan momen seperti ini.
Sebelum meninggalkan tempat itu, saya tidak bercadang membeli sebarang cenderamata kerana sudah membeli naskhah Dubliners sewaktu di kedai buku Dublin Writers Museum. Lalu, saya capai sebuah buku berjudul kecil berjudul "Copyright and Joyce - Litigating the Word: James Joyce in the Courts" tulisan Robert Spoo, seorang profesor madya undang-undang di University of Tulsa College of Law. Namun, Ainun beriya-iya mahu belikan saya sesuatu. Lalu, saya terima sebuah beg kain yang seringkali saya usung ke sana ke mari sejak pulang ke Malaysia.
Terima kasih kepada Ainun yang menghadiahkan beg dengan nama penulis Irish ini. Menambah koleksi beg kain yang sering bertukar-tukar dan saya guna akhir-akhir ini. |
Namun, saya tidak dapat mengurung rasa gembira dan bahagia yang luar biasa ini. Tambah bahagia lagi apabila Ainun yang menjadi teman sepanjang jalan ini membuatkan saya dapat berkongsi rasa dan tidaklah tersenyum seorang diri seperti mana di Edinburgh dan Lake District tempoh hari. Saya ada seseorang yang dapat saya kongsi perasaan ini. Benarlah, kata pujangga, rasa bahagia dan sebarang kejayaan itu tidak bermakna jika kita tidak dapat berkongsi rasa dengan orang yang turut sama memahaminya.
Saya masih mahu berbahagi lagi perasaan bahagia di sini. Oleh sebab saya sudah membeli banyak poskad sewaktu di Volume Bookshop, saya mohon Ainun menunjukkan saya tempoh untuk beli setem dan mahu kirim poskad-poskad itu. Dia membawa saya ke tempat yang terbaik : General Post Office yang juga merangkap sebuah muzium pos di Dublin.
Kad untuk keluarga, seorang sasterawan dan beberapa sahabat |
Membeli setem |
Posto! Posto! |
Ulasan