Kembara Sastera 31 : London Bahagian 3
Ruang rehat antara Elfin Oak dan Princess Diana Memorial Playground Kredit foto : Nisah Haron |
Lantas, berjalan di taman-taman ini cukup menyegar dan merehatkan fikiran.
Saya terpandang sebatang tunggul atau perdu pokok yang disangkarkan. Tidak menyedari apakah dia pokok yang tidak berdahan dan berdaun itu. Saya menghampiri sangkar tersebut. Ada sesuatu yang aneh pada batang pokoknya, seperti ada warna-warni. Pada mulanya, berasa bimbang juga jika ada ulat-ulat atau serangga yang tidak diingini pada batang pokok itu.
Semakin dekat, barulah terbaca tulisan Elfin Oak pada dasar sangkar itu.
Tunggul Elfin Oak di Kensington Gardens Kredit foto : Nisah Haron |
The Elfin Oak is a gnarled, partially hollow, stump, originally from Richmond Park. It is carved with the figures of fairies, elves and various small animals following the contours of the wood.
Ada banyak sekali patung-patung kenit yang mengikut alur kayu pohon oak ini, seolah-olah ada pohon ini 'hidup'. Elf, fairies dan haiwan-haiwan kecil pada pohon ini semuanya sebesar ibu jari dan ada banyak perwatakan pada setiap ukiran.
Catatan yang menyatakan ukiran pada pohon yang sudah 100 tahun berada di sini Kredit foto : Nisah Haron |
Imej berikut adalah antara elf yang saya suka. Mungkin kerana dia digambarkan sebagai elf yang suka menulis dan membaca!
Elf - The writer? Kredit foto : Nisah Haron |
Kreatif! Kredit Foto : Nisah Haron |
Sebagai sebuah taman semula jadi, tempat ini juga menjadi tarikan haiwan seperti tupai. Ada beberapa ekor tupai yang berkejaran di sana-sini sewaktu saya melintasi Kensington Garden untuk terus ke kawasan Albert Memorial. Tupai ini ada yang agak mesra dengan pengunjung, terutama sekali jika dihulurkan makanan yang sesuai. Ada yang masih liar dan lari begitu sahaja. Namun, kehadiran haiwan-haiwan ini menandakan tempat ini cukup selamat. Haiwan-haiwan ini pasti tidak akan berada di sini jika keadaan persekitarannya membahayakan.
Pengunjung ini juga beramah mesra dengan 'tuan rumah' Kensington Gardens! Kredit foto : Nisah Haron |
Dia cuba lari apabila saya mahu mempotret dirinya. Pemalu amat! Kredit foto : Nisah Haron |
Laluan menuju ke Albert Memorial. Sudah lama berangan-angan mahu berjalan di kawasan seperti ini, terasa berjalan dalam belukar kecil yang dipanggil woods! Kredit foto : Nisah Haron |
Flower Walk, Kensington Gardens. Kredit foto : Nisah Haron |
Bunga kuning seperti disulam salju, di bahagian belakang Albert Memorial Kredit foto : Nisah Haron |
Tanda cinta Ratu Victoria kepada suaminya, Prince Albert. Kredit foto : Nisah Haron |
Saya keluarkan buku nota dan mencatat apa yang terlintas :
Draf pertama puisi - inspirasi dari Albert Memorial dan Royal Albert Hall yang saling berhadapan. Kredit foto : Nisah Haron |
Tanda sudah sampai London. Di hadapan Royal Albert Hall. Kredit foto : Nisah Haron |
Destinasi berikutnya... |
Ulasan
Saya pula berkesempatan berjalan-jalan di Hyde Park tempoh hari. Memang besar dan "patah kaki" juga dibuatnya. :)
Sayang sekali, saya tidak berjumpa Speaker's Corner walaupun kami beria-ia mencarinya tempoh hari.
Jika saya ke London lagi, saya akan datang ke Kensington Park pula.
banyak pengalaman dapat ditimba dengan atmosfera yang serba baru...
penulis melancong secara individu sahaja ke?
Adakalanya, perkara yang paling hendak dicari itulah yang tidak kita temukan. Namun, apabila bertemu perkara yang lain, itu tentu lebih mengujakan. Hyde Park terlalu besar untuk dijelajah dalam satu hari. Saya lalu di bahagian luarnya sahaja dan selepas itu, terus ke Buckingham. :-)
Ya, saya kembara seorang diri. Ini bukan melancong ke tempat-tempat shopping atau yang seumpamanya. Sekiranya sdr mengikuti tulisan ini mulai Kembara Sastera 1, saya sudah nyatakan bahawa ini merupakan kembara solo ke UK dan Dublin selama 11 hari. Semoga tulisan saya ini ada manfaatnya buat sdr. Terima kasih kerana sudi membaca!