Sastera Lahirkan Mercu Tanda Pelancongan
Terbit di dalam Mingguan Malaysia 5 Februari 2012 |
Bila pula kita mendapat keyakinan dan keberanian untuk menukar nama Stesen Sentral Kuala Lumpur yang masih berbau 'Inggeris' itu kepada "Stesen Interlok Kuala Lumpur"? Bukankah stesen itu menjadi pertemuan semua bangsa seperti mana novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain dengan roh dan semangatnya ingin menyatukan rakyat Malaysia tetapi disalah erti oleh puak yang berfahaman politik rendah."
Baca lanjut di sini.
Ulasan
Ini kunjungan pertama pembaca ke laman coretan pengarang. Pembaca terpanggil untuk menulis sesuatu kerana begitu berminat dengan artikel pengarang mengenai sastera sebagai mercu tanda pelancongan di dalam Utusan Malaysia.
Terima kasih pembaca ucapkan kepada pengarang kerana berkongsi buah fikiran yang begitu bermanfaat. Bagi pembaca artikel intelektual seperti ini perlu di perbanyakkan dan harus di ketengahkan lagi. Pembaca berharap pengarang tidak akan berhenti mengutarakan pendapat bernas pengarang.
Jika tiada individu seperti pengarang di Malaysia, kebudayaan dan sastera Melayu akan terus lenyap di masa hadapan.
Salam dari Adelaide, Australia