Sabtu, Mei 08, 2004

Menulis itu amanah


Seringkali seorang penulis itu ditanyakan nawaitu dirinya ketika menulis. Ada yang menjawab kerana kepuasan peribadi, ada yang berkata untuk mendapatkan pulangan RM yang menjanjikan. Tidak kurang juga yang menjawab - Kerana-Nya.

Bagi saya mereka semua betul tetapi perlu tertanam dalam diri bahawa menulis itu amanah dari Allah. Setiap perkara yang kita lakukan di muka bumi ini akan dikira di dunia yang satu lagi. Jadi sebagai penulis, tentu kita juga mahu memenuhkan saham akhirat. Mengapa tidak?

Menulis akan menjadi diri penulis itu lebih baik daripada sebelumnya. Itu falsafah penulisan saya. Selalunya penulis itu tidak dapat lari daripada hakikat bahawa apa yang ditulisnya itu sedikit sebanyak ialah dirinya juga. Jadi kalau penulis itu menulis yang muluk-muluk dan indah-indah serta memberikan dorongan moral yang baik kepada pembacanya, itulah dia peribadi penulis itu setidak-tidaknya. Ini berlaku secara subconscious. Jadi bayangkanlah apa yang berada di dalam diri bawah sedar penulis yang menulis sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Fikirkanlah... ada komen?

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails