Perlahan-lahan berpindah...


Dengan penuh hati-hati, saya bakal berpindah (walaupun bukan secara total) ke weblog ini. Selepas ini sesiapa yang ke www.nisah.cjb.net bakal sampai terus ke halaman ini dan bukannya alamat lama di geocities. Serik juga dengan geocities, dahlah downloading lambat dan tak berapa mesra pengguna. Ternyata dengan blogger lebih mudah menulis semudah melarikan jari-jemari di atas papan kekunci.

Sesiapa yang melayari www.nisah.cjb.net akan terus mendapat berita terkini melalui tulisan saya di blog ini. Maklumat-maklumat lain masih lagi tersimpan di geocities dan ada pautan yang telah disediakan. Pautan laman web teman-teman penulis juga masih ada di sini.

Apalah gunanya teknologi, kalau tidak digunakan...

Ulasan

Catatan Popular