Terima kasih, Cikgu
Saban tahun Hari Guru datang dan pergi. Biasanya perayaan itu hanya meriah semasa di peringkat sekolah. Ia bukanlah satu hari yang besar pada mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan. Guru seringkali didefinisikan sebagai guru sekolah sahaja. Pada makna guru itu amat dalam dan merangkumi sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria - mengajar sesuatu yang baru kepada yan tidak mengetahui.
Pada saya, itulah makna seorang guru. Tak kiralah apa yang diajarkan. Andai dia tidak ditauliahkan secara rasmi tetapi selagi dia mempunyai ilmu bermanfaat yang diajar kepada saya secara langsung atau tidak langsung - mereka itulah guru saya.
Menjadi seorang guru merupakan cita-cita saya yang pertama. Sewaktu di sekolah, di ruangan cita-cita telah saya catatkan 3 pilihan : menjadi guru, guru besar atau penyarah. Masa itu masih naif. Tidah tahu sebenarnya ketiga-tiga profesion itu terletak di dalam kategori yang sama. Pernah saya menjadi guru sandaran sementara menunggu keputusan memasuki matrikulasi undang-undang UKM. Agak mencabar. Waktu itu mengajar di Sekolah Rendah St. Paul, Seremban. Sekolah semua lelaki. Perit anak tekak mengajar murid yang rata-rata nakal belaka.
Ketika itu saya amat kagum pada semua guru. Bukan senang jadi guru tapi profesion perguruan semudahnya diperlekehkan masyarakat kini. Guru bukan lagi golongan yang dihormati seperti satu ketika dahulu.
Pun, pedulikan apa yang orang lain kata. Saya tetap menyanjungi semua guru saya. Tanpa mereka, siapalah saya hari ini. Sudahkah kita ucapkan terima kasih kepada guru?
Di ruangan ini, saya turunkan petikan puisi Allahyarham Usman Awang yang berjudul "Guru Oh Guru" :
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Saya tujukan puisi di atas terutama sekali buat guru penulisan yang paling saya kagumi hinggalah ke akhir hayat beliau - Allahyarham Dr. Othman Puteh.
Al-Fatihah buat seorang guru yang baik.

Ulasan