Dari Kertas ke Pentas

Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dengan kerjasama Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan menganjurkan Bengkel Dari Kertas ke Pentas.

Tarikh : 11-12 Disember 2004
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Taman Budaya Negeri Sembilan (Jab. Kebudayaan, Kesenian & Warisan NS)

Bengkel ini ialah bengkel intensif penulisan skrip. Semua bentuk skrip akan dibincangkan termasuk skrip radio, skrip drama pentas dan skrip tv.

Penceramah yang telah dikenalpasti ialah Siti Rohayah Attan, Rosminah Tahir dan Aminah Mokthtar.

Sesiapa yang berminat sila e-mel saya secara peribadi. annyss@hotmail.com

Sewaktu majlis penutup, (yang dijangka kira-kira jam 3.oo petang, 12.12.2004) akan diadakan juga Diskusi Novel Mencari Locus Standi. Pembicaranya terdiri daripada Dr. Rosnah Baharuddin (Jabatan Persuratan Melayu, UKM) dan Encik Siri Neng Buah, Pengarah Kebudayaan Negeri Sembilan.

Majlis diskusi novel ini diadakan sempena Mesyuarat Agung PEN ke - 28 di Taman Budaya Negeri Sembilan. Mesyuarat Agung dijangka bermula jam 2.00 petang. Oleh kerana tahun ini tiada pemilihan jawatankuasa dibuat (kerana ia dibuat setiap 2 tahun sahaja), mesyuarat dijangka boleh ditamatkan lebih awal dan diteruskan dengan majlis diskusi novel ini.

Kepada ahli PEN, sila hadir ke Mesyuarat Agung PEN. Inilah peluang anda untuk bersuara dan memberi pendapat.

Kepada yang bukan ahli, boleh juga masuk dan dengar ataupun terus mendaftar sebagai ahli pada hari tersebut. Yuran tak mahal. RM5 sahaja.

Majlis Diskusi Novel ini terbuka kepada orang ramai. Saya, secara peribadi, menjemput semua teman yang mengenali diri saya, yang suka / tidak suka pada novel sulung saya ini, yang ada sesuatu yang hendak diperkatakan tentang novel ini, nak puji, nak kutuk... saya kira masa inilah. Saya terlalu ingin mendengar komen yang paling jujur.

Jemput datang, ya.




Ulasan

Catatan Popular