Mengirim Respons

Baru-baru ini baru saya perasan yang butang comments di bawah sana tak boleh digunakan sepenuhnya. Saya dah betul-betulkan, rasa-rasanya dah boleh guna semula.

Patutlah tak ada orang yang hantar respons. Ingatkan tak berminat langsung nak beri sebarang komen pada catatan saya. Rupa-rupanya ada masalah teknikal. Saya bukanlah orang yang amat mahir menggunakan komputer, tapi setakat usik sana, usik sini tu, bolehlah.

Saya dapati, kalau hendak memberi respons, boleh saja hantar dengan klik pada pautan comments di bawah. Ia mungkin tak keluar terus. Tetapi komen anda akan tersiar kemudian. Tentang itu, saya tak pasti bagaimana hendak selesaikan.

Tapi, kalau setakat nak beri komen tu, memang saya nanti-nantikan. Cuma dia lambat sikit untuk upload ke weblog ini. Mungkin ada pakar-pakar komputer di luar sana yang boleh beri sumbangan dan idea boleh e-mel saya ataupun tulis pada chatter box di sudut kanan blog ini.

Harap maklum.

Salam Eidulfitri daripada saya sekeluarga.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Selamat Hari Raya untuk Nisah sekeluarga. Maaf zahir batin. (www.salinaibrahim.blogdrive.com)

Catatan Popular