Tauke Cincin

Masih ingat filem "Tauke Cincin" yang hebat di pawagam tidak lama dulu? Alah, yang ada 3 bahagian tu - setiap tahun dilepaskan satu persatu. Memang kalau sebut "Tauke Cincin" orang mungkin tak tahu. Tapi orang kampung saya panggil filem tu The Lord of the Rings. :)

Saya memang kagum dengan cara Tolkien mengolah ceritanya. Dalam genre novel fantasi, beliau boleh dikatakan pelopor yang paling berjaya. Walaupun membaca novelnya meletihkan - kerana Tolkien sangat halus dan teliti dalam membuat deskripsi - tetapi untuk pembaca yang sabar, hadiahnya ialah sebuah deskriptif yang sangat jelas.

Novelnya memudahkan pengarah Peter Jackson menggambarkannya dalam bentuk visual. Filem itu juga sangat berjaya. Tentu sahaja Jackson tidak mampu meletakkan semua sekali yang ada dalam novel 3 jilid itu ke dalam 3 buah filem. Banyak yang sengaja ditinggalkan. Tetapi ia masih tidak mengganggu perjalanan cerita. Plotnya tetap mantap.

"Tauke Cincin" ini mengingatkan saya pada fenomena dunia yang berlaku hari ini. Sauron yang digambarkan tidak ubah seperti Kuasa Besar Barat - yang buat masa ini dinamakan Yahudi. Seluruh dunia mengutuknya - seperti mana semua orang di Middle Earth membenci dan takut pada Sauron. Tetapi tak seorang pun berani menentangnya. Kuasanya sangat luas dan besar.

Tujuan Sauron ialah menghancurkan tamaddun manusia. Tujuan Yahudi pula ialah menjahanamkan umat Islam walau dengan apa cara sekalipun. Sauron punya Saruman. Yahudi, buat masa ini ada Bush.

Sauron memberi seorang demi seorang raja-raja yang baik sebentuk cincin setiap seorang. Kemudian setiap satu daripada mereka jatuh ke tangan Sauron. Apakah gambaran cincin itu?

IMF. Lantas satu demi satu negara jatuh dan menyembang kepada si pemberi hutang itu. Mereka terpaksa tunduk kerana terhutang budi dan juga terikat pada kadar faedah yang pasti boleh menghancurkan negara.

Lalu siapa yang layak menjadi Aragorn, Gandalf hatta Hobbit-Hobbit kenit yang seperti tidak ada signifikans pada Middle Earth - Frodo, Sam, Merry & Peppin?

Siapa antara kita yang boleh menghapuskan Si Tauke Cincin demi keamanan sejagat?


Ulasan

Catatan Popular