Hari Puisi Nasional
17 - 20 Disember 2004 nanti akan berlangsung Hari Puisi Nasional. Kali ini Selangor menjadi tuan rumah. Pastinya ada tokoh penyair yang akan dianugerahkan dari negeri ini. Itu menjadi kebiasaan. Masih ingat lagi, semasa tahun 1999, Negeri Sembilan menjadi tuan rumah, penyair Dharmawijaya dianugerahkan Anugerah Penyair Gapena. Beliau juga berasal dari Negeri Sembilan.
Insya Allah, saya akan berada di sana. Sambil menghadiri majlis ini, saya juga akan menjual buku-buku PEN dan Ujana Ilmu. Seperti biasa, Nisah sudah sinonim dengan status si penjual buku. Apa pun, saya bahagia. Memasyarakatkan buku dan ilmu dengan cara saya sendiri.
Kalau mahu cari buku, silakan ke Intekma Resort, Shah Alam pada tarikh di atas.
Khabarnya, novel Mencari Locus Standi telah dicalonkan di dalam carta novel RMKL. Terima kasih setinggi-tingginya kepada insan baik yang mencalonkan novel tersebut. Saya tidaklah mengharapkan ia menjadi juara carta tetapi meletakkan ia di situ, bererti novel ini sudah mendapat perhatian. Alhamdulillah...
Seringnya saya tidak dapat mendengar siaran RMKL di Seremban (97.2 fm). Mungkin kerana penerimaan radio kecil saya tidak dapat menangkap siarannya. Waktu siaran pula jam 12.00 tengah malam, Jumaat malam Sabtu.
Minggu ini, alang-alang saya berada di Shah Alam, saya akan cuba penuhi permintaan DJ Irwan yang sudah beberapa kali mahu mewawancara saya secara life dalam rancangan tersebut. Kalau tidak ada aral, saya akan ke RTM malam itu, insya-Allah...

Ulasan