Khamis, Januari 20, 2005

Dialog Weblog

Weblog telah menjadi satu fenomena yang memberangsangkan di kalangan cerdik pandai IT dewasa ini. Sekali telah terkena 'ketagihan' blogging, susah untuk diubati.

Namun saya melihat dari sudut yang positif. Bagi penulis, saya percaya blogging amat membantu mereka berlatih menajamkan pena. Lagipun, terma 'penulis' itu bukan bermakna penulis yang menghasilkan karya di media cetak sahaja.

Media cetak itu hanyalah satu medium bagi menerbitkan segala yang terkandung di dalam perasaan dan pemikiran seorang penulis. Hasilnya jadilah ia sebuah karya kreatif ataupun deskriptif.

Begitu juga dengan menulis di laman siber seperti mengarang dalam e-mel untuk dikirimkan pada orang tertentu. Mahupun menulis blog seperti yang saya dan ramai lagi penulis di luar sana lakukan.

Justeru, PENA mengambil inisiatif untuk memperkatakan fenomena blogging ini dalam satu diskusi yang bersifat ilmiah. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Geng Jurnal - satu kumpulan penulis-penulis blog yang amat aktif.

"WEBLOG : RUANG EKSPRESI IDEA & SASTERA"



Tarikh : 29 Januari 2005 (Sabtu)



Tempat : Rumah PENA
(Depan Menara MAA / Sebelah Rumah GAPENA / Belakang Restoran Tupai - Tupai)


Masa : 3 petang




Panel :

Nisah Haji Haron


Masuk percuma.


Jadi, inilah masa untuk bersua muka, bertukar-tukar pandangan dengan penulis dan juga sesama blogger. Saya percaya ramai di antara blogger yang tidak kenal antara satu sama lain. Apatah lagi bukan semua blogger menyertai Geng Jurnal.
Jemput datang bagi memeriahkan lagi majlis ini.



Insya Allah, jika berkesempatan saya akan buat pameran buku Ujana Ilmu di sana.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails