Selasa, Februari 15, 2005

Menulis ikut mood

Ramai penulis yang berjaya mengatakan bahawa menulis itu kerja yang memerlukan disiplin. Tak boleh main tinggal-tinggal ataupun tak boleh tulis ikut mood. Mesti tak siap. Namun fitrahnya, kita memang menulis ikut mood baru ada feel. Kalau tidak nanti, mesti tulisan kita agak 'kering' perasaannya.

Baru-baru ini saya sertai satu bengkel penulisan. Memang dapat banyak ilmu baru tentang penulisan. Kata penceramahnya, kita harus tulis ikut mood. Barulah sesuatu yang dihasilkan itu datangnya dari hati. Namun, kita tidak boleh ikutkan mood tadi. Malah, kita harus berfikir secara lateral bagaimana mahu menguasai mood sebelum kita dikuasai mood.

Caranya mudah. Tulis banyak projek. Maknanya, jangan tumpu pada satu bentuk tulisan. Kita boleh saja mulakan apa saja projek penulisan. Kalau dah bosan dengan satu tulisan, berpindah ke tulisan lain. Misalnya, sewaktu mengumpul bahan untuk novel senaraikan dulu apa-apa bahan yang ingin ditulis. Senarai episod, sebagai contoh. Dalam senarai itu pastinya ada pelbagai perasaan dan fakta yang boleh ditulis.

Kalau hari ini kita rasa gembira, tulis dulu plot / bab yang gembira. Lain kali bila kita geram pada seseorang tapi mahu menulis, tulis sahaja mana-mana bab yang sedang sesuai dengan jiwa kita pada ketia itu. Akhir nanti, barulah kumpulkan semua bab dan susun serta edit semula.

Saya kata : Wah! Selama ini apa yang saya buat tidaklah salah. Saya memang tidak punya daya tumpuan yang tinggi. Kata orang kampung saya : a very short attention span. Sekejap nak buat ni, belum siap yang ni dah datang idea untuk buat benda lain. Ada juga orang kata, yang saya ini tak ada fokus semasa buat kerja. Tapi, akhirnya, semua kerja itu boleh siap juga.

Namun, saya juga tertanya-tanya, adakah ini menyalahi sesuatu? Saya tahu memang saya tidak ada disiplin kerja seperti mana penulis lain yang boleh menumpukan satu-satu kerja menulis hingga selesai. Maaf, saya ini Aries. Itu bukan cara saya bekerja. Jadi bila penulis tadi berkata begitu, saya sedikit sebanyak lega.

Tiba-tiba cara dia membimbing itu memberi saya inspirasi untuk menghasilkan beberapa buah buku sekaligus! Semangat sugguh cara dia berikan saya motivasi.


II

Tidak lama lagi, PEN akan anjurkan Perhimpunan Penulis Muda NS. Kami sedang mengumpulkan peserta. Sesiapa yang berminat, sila tampilkan diri. Mana yang rasa-rasa dia orang NS - sama ada bermastautin ataupun asal ataupun keturunan dari NS, boleh dipertimbangkan.

E-mel saya untuk sebarang pertanyaan : annyss@hotmail.com

PEN juga ada banyak program tahun ini, nantikan sahaja siri-siri pengumumannya di akhbar ataupun dari laman saya juga.


III

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Tuan Haji Abdul Rahman Sulaiman, pulang ke rahmatullah awal pagi tadi.

Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails