Rabu, Ogos 03, 2005

Hiburan dan pemantauan

Minggu lepas benar-benar sibuk. Selain berulang-alik dari Seremban ke UKM, minggu lepas juga penuh dengan acara sastera di Seremban.

26 Julai : Diskusi Karya - anjuran bersama DBP, PEN, PSPN & PPANS
Karya-karya yang dibincangkan ialah Farris Putera Yang Hilang (Nisah Haron), Rindu Pala Muda (Siti Zainon Ismail), Rindu Ibu (A. Samad Said), Gema Serunai Hati 8 (Penulis PEN).

Sebelah petangnya : Bersama-sama Penulis PEN - A. Latip Talib & Siti Eisyah Rashid, Moderator (Nisah).

27 Julai : Motivasi tentang membaca, petang bersama-sama dengan AJK PEN - acara pengayaan bahasa.

28 Julai : Bersama Ainon Mohd (PTS Publication), petang - "Ingin Menjadi Penulis" - Nisah Haron.

Janganlah jemu kalau nampak nama saya banyak kali, sebenarnya baru dapat jawatan baru. Pada masa tersebut saya terpaksa jadi bidan. Ya, bidan terjun! :-)

* * *

Hari ini saya bertemu dengan seorang pensyarah senior yang amat saya segani. Bersembang-sembang dengan beliau tentang beberapa hal. Timbul juga soal Akademi Fantasi dan Mawi . Beliau tanyakan pandangan saya. Seperti entri saya sebelum ini, saya nyatakan pendirian saya yang tidak bersetuju dengan sikap penonton hari ini.

Komen beliau: dia juga demikian, tetapi sebagai ibu bapa dia tetap mempunyai tangungjawab untuk duduk bersama-sama dengan anak-anaknya. Pada masa ini dia akan menasihati anak-anaknya supaya tidak sama-sama terpesong walaupun dalam keseronokan tersebut. Kata beliau lagi, setiap situasi itu perlu dilihat dengan cara yang positif.

Persoalannya, bagaimana kita boleh mempositifkan situasi ini supaya anak-anak kita bukan sekadar mendapat hiburan tetapi ada ilmu yang boleh diperoleh dalam masa yang sama.

Saya akui pandangannya itu agak liberal bagi saya. Pun, saya menghormatinya, kerana setiap orang ada pandangan yang tersendiri.

Lagipun, berapa ramai ibu bapa yang duduk bersama-sama anak dan menasihati anak dengan cara yang penuh berhikmah tentang buruk dan baik sesuai perkara itu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails