Selasa, Oktober 11, 2005

Menghampiri Peperiksaan LLM

Tidak sampai seminggu lagi, saya bakal menduduki peperiksan untuk kursus sarjana undang-undang (LLM) ini. Seperti yang pernah saya katakan dahulu, saya memang tidak gemarkan ujian bertulis ataupun peperiksaan yang meminta calonnya menulis menggunakan pen. Saya memang lembab menulis guna pen jika dibandingkan dengan berlari di atas papan kekunci komputer ataupun laptop. Saya hanya menulis guna pen/pensil apabila mencatat dan tulisan sudah makin buruk nampaknya.

Apatah lagi apabila perlu duduk berjam-jam menulis jawapan. Rasa sangat-sangat terdera dan memenatkan. Seringkali tangan saya tidak selaju fikiran. Oleh sebab itu, saya sangat selesa menaip kerana kelajuan menaip dan berfikir itu hampir sama. Jadi tidak banyak isi yang tertinggal. Bilalah boleh bawa laptop masa peperiksaan, tentu menarik!

Kini sedang sibuk menyudahkan banyak kertas-kertas seminar. Maklumlah, belajar di peringkat sarjana ini memerlukan pemikiran yang bukan sekadar di atas kertas, ia lebih mendalam dan menguji kemampuan berfikir secara analitikal. Kehadiran dalam kelas juga lebih kepada perbincangan berbanding dulu sewaktu peringkat pra-siswazah, kita cuma mendengar kuliah semata.

Menyeronokkan juga kursus di peringkat sarjana ini.

Doakan saya berjaya menempuhi peperiksaan dalam bulan Ramadhan ini...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails