Notis Pertukaran Tempat Bengkel Cerpen PEN
Sukacita dimaklumkan bahawa PEN telah menerima penyertaan yang menggalakan untuk Bengkel Penulisan Cerpen Intensif PEN.
Walau bagaimanapun, saya terpaksa menutup penyertaan kerana bengkel yang lebih daripada 15 orang adalah terlalu besar jumlahnya.
Butiran bengkel mengalami perubahan seperti berikut :
Tarikh : 20hb November 2005 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Lot F47 (Bilik Bimbingan Al-Quran), Pusat Kaunseling MAINS, Tingkat 2, Terminal One Shopping Centre, Seremban.
Yuran : RM50 (bayar semasa daftar)
**Ambil perhatian terhadap perubahan tempat bengkel. **
Saya harap ia memudahkan peserta yang datang dengan pengangkutan awam terutamanya bas ataupun komuter kerana Terminal One Shopping Centre satu bangunan dengan Perhentian Bas Seremban.
Setakat ini saya telah menerima penyertaan daripada senarai di bawah :
1. Nisah Haron (Pusaka Cendana)
2. Ramlah Rashid (Ujana Kasihnya)
3. Khairul Hafiz Abd. Rahman @ serunai faqir (Raya Atok)
4. Tengku Nor Laila (Indahnya Budi)
5. Zalisa (Rintihan Hati Seorang Mangsa)
6. Faizah Shafawi (Kerana Sahabat)
7. Muhammad Al-Adib (E-mel Untuk Dajjal)
8. Sharifah Salha (Jelebak Jelebu)
9. Abd. Latip Talib (Tsunami)
10. Amiza Khusyri Yusof (Syawal Pak Kassim)
11. Hazrul Hafizi (Putera Kerdil)
12.Khairunnasriah Abdul Salam (Cinta Sungai Golok)
Saya mohon maaf kerana tidak dapat menerima peserta lain. Jika ada permintaan, insya-Allah, PEN akan buka penyertaan untuk bengkel dalam siri yang seterusnya.
Sesiapa yang belum menghantar cerpen, harap e-mel segera kerana saya perlu majukan kepada peserta lain. Sekiranya, benar-benar tak sempat, sila bawa 13 - 15 salinan cerpen kerana saya tidak buat salinan untuk orang lain. Masing-masing diharap cetak dan baca sebelum bengkel dan sila bawa cerpen peserta lain (berserta dengan ulasan/komen anda) untuk sama-sama dibincangkan dalam bengkel tersebut. Saya fikir, itu cara yang praktikal untuk menjimatkan masa membaca. Jadi, siapa yang tak dapat nak e-mel cerpen tu tolonglah datang awal sebab kalau datang lewat, orang lain pun tak sempat nak baca cerpen anda, minta maaf sajalah. :-)
Apa pun, terima kasih atas komitmen yang telah diberikan oleh semua peserta, kita berjumpa di Terminal One Shopping Centre, Bilik Bimbingan Al-Quran (bukan pergi shopping, ya!).
Saya cuba menghadirkan sama ada Puan Mahaya Mohd Yassin (Setiausaha Satu PEN) ataupun Puan Mawar Shafei (yang telah menyatakan minat) untuk singgah ke bengkel ini. Mudah-mudahan ada kelapangan untuk seorang daripada mereka (ataupun kedua-duanya) memberi idea dan kritikan terhadap karya peserta.

Ulasan