Lentera Mustika

Novel bersiri Lentera Mustika - Siri 1 tersiar dalam majalah Aniqah Mac 2006. Dapatkan majalah ini di pasaran.

Maklumat lanjut layari MMP Communications Sdn Bhd.

Lentera Mustika merupakan suatu daripada spin-off novel Mencari Locus Standi. Watak Ibu Mustika dalam novel tersebut saya kembangkan. Pembaca akan dapat meny
elami perasaan wanita ini dalam mencari kasih sayang, kebenaran, pengorbanan dan cita-cita sebagai muslimah sejati.

Insya-Allah, saya akan adakan versi web tidak lama lagi. Namun begitu, ia mungkin mengambil masa dua tiga bulan dari sekarang kerana sebagai penulis yang memberi hak penerbitan kepada MMP Communications, saya perlu menghormati hak penerbitan tersebut. Biarpun saya penulisnya, saya tidak boleh sewenang-wenangnya menerbitkan hatta dalam bentuk laman web peribadi sebuah karya yang sedang diterbitkan.


Ulasan

Catatan Popular