Mahaya Mohd Yassin Ketua Satu PEN

Mesyuarat Agung PEN ke - 29 telah memecah tradisi persatuan ini. Buat pertama kalinya seorang wanita telah dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli mesyuarat bagi mengepalai penulis-penulis Negeri Sembilan.

Mahaya Mohd Yassin bukanlah nama baru dalam persada persuratan melayu tanah air. Malah beliau telah lama berkecimpung sebagai Setiausaha Satu PEN. Perlantikan beliau merupakan satu bentuk kesinambungan bagi menentukan hala tuju PEN terarah. Keistimewaan PEN ialah persatuan ini sentiasa menggabungkan tenaga baru dan lama dalam jawatankuasanya. Jarang sekali berlaku perebutan kuasa antara penulis muda dan penulis mapan. Sejak Ketua I PEN yang lalu, Tuan Haji Agus Salim Hj Taib mengalami kemalangan, tugas beliau banyak diambil alih oleh Puan Mahaya. Jadi tidak hairanlah, jika Puan Mahaya merupakan calon yang paling layak menerima mandat ini.

Berikut senarai nama ahli jawatankuasa yang terpilih menerusi Mesyuarat Agung PEN ke - 29 :

Ketua Satu : MAHAYA MOHD YASSIN
Ketua Dua : HJ ZULKIFLI ABU
Setiausaha 1 : NISAH HAJI HARON
Setiausaha 2 : SITI SALBIAH ZAHARI
Bendahari : ANUAR MOHD ZAIN

AJK : Mohd Zulkifli Mohd Noor
Kalsom Azid
Dr. Mahdi Abdul Wahab
Dr. Ani Omar
Zaharul Arifin
Razali Ghani
Siti Jasmina Ibrahim

Ulasan

Catatan Popular