Buku Terbaru Pak Samad

Sasterawan Negara A. Samad Said amat teliti bukan sahaja dalam proses kreatifnya tetapi juga dalam penerbitan buku-bukunya. Kini setelah memiliki rumah penerbitan sendiri, iaitu Wira Bukit Sdn. Bhd. Pak Samad nampaknya lebih selesa menerbitkan buku-buku beliau sendiri. Khabarnya, semakin banyak buku Pak Samad yang telah beliau tarikh hak penerbitan daripada DBP.

Terkini, Pak Samad telah menerbitkan set edisi mewah buku-buku :

Memiliki set buku-buku Pak Samad terbitan Wira Bukit ini memang terasa puas. Kualiti kertas yang digunakan setaraf dengan buku-buku klasik antarabangsa. Kertas acid free memang menjadi pilihan Pak Samad. Kulit keras dengan jaketnya sekali membuatkan penikmat buku merasa khayal apabila memegang buku tersebut.

Sebelum ini juga Pak Samad telah menerbitkan semula novel beliau Adik Datang dan juga kumpulan puisi Dirgahayu Mahathir.

Pembaca di Malaysia akan terkejut dengan harga buku yang ditawarkan. Tetapi bagi mereka yang tahu menghargai edisi kulit tebal, tentu tidak akan segan-segan membayar harganya. Biasanya edisi kulit tebal diterbitkan dalam cetakan terhad. Edisi kulit tebal juga tahan lebih lama dan boleh kekal sepanjang zaman.


Akan datang Lantai T. Pinkie akan dipentaskan semula pada 28 Apri - 10 Mei (kalau tak silap saya) di Istana Budaya. Buku itu juga nampak lebih menarik daripada yang diterbitkan oleh DBP. Kulit depannya gambar Nasha Aziz yang memegang watak T. Pinkie.

Terkini, Ujana Ilmu sudah menghimpunkan koleksi buku-buku Pak Samad edisi terbitan Wira Bukit.

Ulasan

Catatan Popular