Meredah Pesta Buku Buat Kali Terakhir
Esok saya berhasrat untuk meredah, merempuh, berenang dalam lautan manusia di Pesta Buku Antarabangsa KL 2006. Esok juga hari terakhir, saya menjangkakan ribuan ulat buku bakal menyerbu, terutama sekali mereka yang memang tidak mahu melepaskan peluang terakhir untuk tahun ini.
Saya tahu perbuatan ini samalah ertinya mencari bala sebab hari terakhir yang jatuh pada hari Ahad memang pengunjungnya terlalu ramai. Namun, ini peluang terakhir untuk tahun ini. Hendak tunggu tahun depan lambat lagi. Esok juga ada pameran Smart Kids di PWTC. Itu menambahkan lagi jumlah pengunjung ke PWTC.
Untuk saya, tips untuk survival di Pesta Buku :
Saya tahu perbuatan ini samalah ertinya mencari bala sebab hari terakhir yang jatuh pada hari Ahad memang pengunjungnya terlalu ramai. Namun, ini peluang terakhir untuk tahun ini. Hendak tunggu tahun depan lambat lagi. Esok juga ada pameran Smart Kids di PWTC. Itu menambahkan lagi jumlah pengunjung ke PWTC.
Untuk saya, tips untuk survival di Pesta Buku :
- datang awal. kalau boleh sebelum jam 10 sudah tercatuk di pintu utama PWTC. Banyak juga gerai yang buka sebelum jam 10.
- pakai kasut yang selesa. Nanti kaki sakit sebab banyak gerai yang hendak dipusing.
- elakkan gerai-gerai seperti Alaf21, Creative Enterprise, Grolier, Linguaphone - jika tiada keperluan untuk ke sana. Boleh sesak nafas jika lalu di situ.
- elakkan promoter buku yang memang kita tidak mahu beli produk mereka. Jalan laju-laju atau jangan establish eye-contact. [Baca bagaimana Nisah Haron mengamuk dalam blog Inggeris]
- kalau anda jenis cepat / mudah lapar. Pastikan ambil sarapan. Nanti letih, orang memang ramai. Makanan yang dijual di PWTC mahal-mahal belaka. Simpan duit untuk beli buku. Bawa bekal - roti, kuih dll.
- jika tidak bercadang untuk beli banyak buku, tak perlu berkereta ke PWTC. Naik pengangkutan awam. LRT turun depan Hotel Pan Pacific / The Legend, dekat Mall. Jalan kaki sikit. Kalau naik komuter boleh turun di Putra. (Berdoalah hari tak hujan, terutama sebelah petang. Nanti buku basah).
- kalau memang nak shopping sakan, kalau ada troli yang boleh tarik macam pergi pasar tu pun elok juga. Taklah birat-birat jari kerana buku terlalu berat. Kalau tak pun, bawa beg sandang, knapsack atau apa-apa yang mudah.
- Tentu sekali jaga keselamatan wang. Siapa tahu orang yang hendak mengambil kesempatan ada saja di mana-mana.
Ulasan