Penulis Era Teknologi Maklumat

Ketika pertama kali saya menulis tentang penulis dan blog (tersiar dalam akhbar MM 30 Jan 2005) saya percaya saya telah menambah lagi bilangan penulis media cetak yang berhasrat memiliki blog sendiri. Antara yang saya masih ingat menyahut 'seruan' saya itu ialah Anjan Ahzana. Tidak kurang juga yang memperbaiki tulisan dalam blog masing-masing apabila menyedari kekuatan blog.

Sehingga kini weblog @ blog ini telah menjadi medium alternatif kepada pembaca yang inginkan kelainan dalam pemikiran dan pembacaan.

Namun, tidak kurang juga blog yang telah 'mati' ataupun tidak dikemaskini dalam tempoh yang agak lama. Ada juga yang telah berpindah blog tetapi tidak memaklumkan kepada orang ramai. (Tindakan saya, sesiapa yang sudah lama benar tidak kemas kini blog akan saya keluarkan daripada senarai pautan dari laman ini).

Kini semakin ramai penulis media cetak yang telah memiliki blog. Ramai - seperti yang telah saya senaraikan di sebelah:

Terkini dunia blog semakin disenangi penulis seperti :

Ainon Mohd
Faisal Tehrani
Lutfi Ishak
Serunai Faqir
(yang telah berpindah ke blogspot)

Kalau mahukan yang pembacaan yang benar-benar alternatif, boleh juga baca blog seperti


Kalau rajin (dan memang tak ada kerja lain), ada banyak lagi laman web dan blog yang boleh dilawati. Lantaran lambakan weblog yang wujud setiap hari, pembaca blog juga perlu berhati-hati memilih supaya tidak 'khayal' membaca blog hingga melupakan tugas-tugas hakiki.
Zaid Akhtar telah menambah satu lagi website apabila diminta membimbing penulis di Zaid Akhtar Online (kerjasama dengan ukhwah.com).

Bagi saya, blog hanyalah satu alat untuk menyampaikan matlamat. Jika ada niat yang baik, insya-Allah ia boleh disalurkan sewajarnya melalui medium penulisan sebegini. Seperti juga sebilah pisau, ada pelbagai kegunaan. Terpulanglah kepada tangan yang memegang pisau itu. Demikianlah analoginya dengan blog dan kata-kata, terpulanglah kepada penulis yang menentukan diksi dan menggunakan blog sebagai alat penyampai ilmu, maklumat dan dakwah.

Ulasan

Catatan Popular