Locus Standi - 2


Alhamdulillah, novel saya Mencari Locus Standi telah diulang cetak pada tahun ini (2006). Saya telah mendengar khabar angin tentangnya sewaktu Pesta Buku 2006 tetapi apabila saya belek-belek MLS yang dijual pada waktu itu, masih lagi cetakan yang pertama. Saya percaya penerbit sedang menghabiskan stok.

Mujur saya masih ada beberapa naskhah cetakan pertama (yang tidak akan saya jual atau beri pada sesiapa) kerana itu ialah kenangan yang mesti disimpan dalam bentuk yang asal.

Terima kasih kepada semua yang pernah membaca novel ini dan juga mereka yang memberikan reaksi positif / negatif. Kesemuanya saya hargai. Komen-komen tersebut juga yang mendorong saya untuk meneruskan novel seterusnya yang berlonjak daripada novel ini juga. Ya, seperti entri saya terdahulu, novel bersiri Lentera Mustika (ANIQAH) merupakan lonjakan ataupun spin-off daripada MLS. Kini watak Ainur Mustika berada di tengah-tengah sementara E-Jay pula menjadi watak sampingan.

Setakat 3 bab yang baru disiarkan oleh pihak ANIQAH (semenjak Mac 2006), Ainur Mustika dan E-Jay masih belum bertemu. Apatah lagi pertemuan antara Ainur Mustika dan Emir Johan sebelum mereka berkahwin.

Ulasan

Catatan Popular