Rabu, Julai 19, 2006

Bukan Kerana Bintang

Alhamdulillah, bagi pihak warga penulis saya dengan rasa rendah diri menerima anugerah pingat daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada tarikh yang belum ditentukan lagi.

1,441 dianugerah pingat, bintang dan darjah kebesaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Ketua Unit Sukan Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3, Abu Bakar Atan menerima ANS bersama Pengawal Klasik FM, Chuari Selamat; Pengarang Berita Bernama, Mohd Kamel Othman; Timbalan Ketua Penyuntingnya, Khairdzir Mohd Yunus; Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PPNS), Mahaya Mohd Yasin dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Kumpulan Golden Hope Bhd, Mohd Ashraf Abdullah.

Ketua Dua PPNS, Zolkipli Abu dan Setiausaha PPNS, Nisah Haron menerima PMC: Presiden Persatuan Wartawan Cina Negeri Sembilan, Chong Fook Yan dan wartawan Nanyang Siang Pau, Leaw Mi Mi menerima PJK, manakala wartawan Tamil Nesan, K Mariappan menerima PPT.

Sumber : Berita Harian, 19 Julai 2006.
Terus terang, saya belum pun terima pingatnya lagi. Pada hari keputeraan Yang Dipertuan Besar NS (hari ini, 19 Julai) biasanya yang mendapat gelaran Dato'-Dato' sahaja yang diundang ke istana. Setakat dapat pingat kecil-kecil seperti ini, memang bukan hari ini. Mungkin 2 - 3 bulan lagi.

Apa pun, ini sekadar makluman. Saya masih lagi Nisah Haron yang sama, jika tidak lebih baik. Saya akan terus menulis dengan segala kudrat yang ada, semuanya kerana Allah, kerana bangsa, kerana agama dan bukannya kerana bintang...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails