Sabtu, Julai 15, 2006

Shahnon Ahmad seguru dengan saya!

Panas! Panas!

Autobiografi Sasterawan Negara Shahnon Ahmad ini sudah ada di Ujana Ilmu.

Saya sedang menikmati buku ini. Paling tidak sangka ialah penglibatan Cikgu Shahnon dalam Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Ah, rupanya saya dan SN ini seguru dalam persilatan. Ada satu bab khas tentang Silat Cekak Ustaz Hanafi dalam autobiografi ini.

Ya, seperti kata Faisal Tehrani, abaikan sahaja kesilapan ejaan yang kelihatan di sana-sini. Lagipun kebanyakan SN ini orang lama, masih lagi tertakluk dengan sistem ejaan lama. Yang penting ialah ceritanya, bukannya tatabahasanya.

Sekiranya beliau mendapat editor yang baik, tentu sahaja naskhah ini dapat ditangani dengan lebih kemas. Namun, terlalu banyak yang dapat dikutip dengan membaca autobiografi ini. Terutama sekali kepada para penulis muda.

Baca! Jangan tak baca.

Sekalipun, anda belum sekali pun membaca karya Shahnon Ahmad, buku ini masih lagi wajah dimiliki. (Seperti mana saya amat menyukai buku On Writing tulisan Stephen King, walaupun saya tidak menggemari karya kreatifnya.)

Peribadi, saya suka membaca buku yang memaparkan proses kreatif seorang penulis. Ada banyak yang dapat dikutip melalui Perjalananku Sejauh Ini : Sebuah Autobiografi - Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails