Flora yang Melambai-lambai

Sebelum berangkat ke Kota Kinabalu pada petang itu, orang-orang di Tenom mencadangkan kami melawat Taman Pertanian Sabah. Boleh lihat pelbagai species bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan, terutama sekali orkid Borneo. Saya ini bukanlah peminat bunga seperti saya minat buku. Tetapi memandangkan itulah keistimewaan Tenom, saya teruskan juga ke sana.

Dan, saya menyesal tidak sampai lebih awal ke taman itu... Biarlah bunga-bunga di sini yang menjelaskan mengapa saya harus menghabiskan masa yang lebih lama di taman ini.

Klik pada peta taman di atas untuk ke laman Taman Pertanian Sabah.


Deretan bunga tasbih (canna indica) menyambut tetamu




Andai ada masa yang lebih terluang, taman ini menawarkan perkhidmatan 'trem' untuk mengelilingi sekitarnya. Boleh pilih 'trem' yang satu jam, dua jam ataupun dua jam setengah.



Oleh sebab kesuntukan masa kerana kami perlu ambil bas ekspress dari Tenom ke Kota Kinabalu, singgahan di Taman Pertanian Sabah ini hanya dibuat dalam tempoh 20 minit, itu pun termasuk aktiviti membeli cenderamata dan kopi tenom di kedai kecil yang disediakan.

Sesungguhnya singgahan ke Tenom amat bermakna dan amat mengujakan. Saya tidak serik untuk kembali lagi!

Tinggal dulu, Tenom. Ada umur kita akan bertemu kembali.

Sawah padi dalam perjalanan dari Tenom ke Keningau.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saya singgah secara tidak sengaja.

Dulu saya minat untuk jadi peguam, tidak kesampaian. Nisah pula tidak minat tetapi berjaya.

ENTAH DIA MAHA ADIL.

Tenom, menarik untuk dilawati, setiap penjuru dunia begitu.

Catatan Popular