Ahad, September 03, 2006

Jadual bulan September

Blog ini mungkin tidak dapat dikemas kini buat masa ini. Awal pagi esok, saya akan terbang ke Alor Star dan seterusnya ke Arau untuk acara sastera di sana. Andai ada kelapangan dan punya akses internet, mungkin saya akan berblog dari sana, insya-Allah. Atau mungkin juga, saya tidak berpeluang memandangkan acara yang agak padat pada bulan ini. Maklumlah, semua orang hendak mengejar masa sebelum Ramadhan. (Masa Ramadhan tak boleh buat acarakah? Bukankah lebih menjimatkan kerana tiada kos makanan yang perlu dimasukkan dalam bajet? :) )

4 - 6 Sept Acara KOMSAS di Arau, Perlis.

6 Sept (2.00 ptg) Bicara Penulisan Kreatif, IPPM, Melaka

9 Sept Bengkel Kes Kaunseling, Risda Training Centre, Port Dickson

10 - 17 Sept Pesta Buku & Multimedia NS

12 Sept Ceramah Isu-isu Hak Cipta : Meneliti Dokumen Perjanjian Antara Pengarang & Penerbit

14 Sept Program Buku Kegemaran saya - Sempena Pesta Buku NS

15 - 17 Sept Bicara cerpen-cerpen Rozais, Zanazanzaly, Nasriah Salam & Amaruszati di Kota Bharu (DBP WT)

21 Sept Hari Persuratan Melayu UKM

23 Sept Seminar Undang-undang & Masyarakat ke -18 : Undang-undang & Forensik

Doakan kesihatan saya, moga diberikan kekuatan dan stamina untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.

5 ulasan:

Rem berkata...

Wah, padatnya acara! Selamat beraktiviti. Moga-moga tak lesu! :)

Saya pun kadang-kadang terfikir. Apa jadah orang Malaysia ni, kalau Ramadhan saja - semua aktiviti lazim terhenti. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini.

Kalau kita nak beraktiviti, nanti dikata tak hormat bulan puasa. Bukankah Ramadhan adalah bulan ujian? Kita disuruh berpuasa supaya kita dapat merasa jerih-payah orang-orang yang susah dan kurang berkemampuan dalam hidup. Kita dicabar untuk menjalani 'hidup luar rutin' sekurang-kurangnya sebulan dalam setahun.

Tapi, kalau kita berpuasa dan dalam masa yang sama, menurunkan secara signifikan jumlah 'kerja-kerja lain' - maka tak adalah gunanya. Susah payah kita berlapar dan tak minum tak akan terasa sebab kita dah ubahsuai jadual hidup kita supaya jadi lebih ringan dan santai. Kesimpulannya, tak merasalah kita bahawa jerihnya hidup orang susah!

Tengoklah mana-mana organisasi, khususnya yang didominasi orang Islam. Masa bulan puasalah produktiviti jadi sangat lembab. Semua orang boleh jadi malas sesuka hati, dan kemalasan itu pula seperti difahami dan sengaja digalakkan. Itu tak buat, ini tak buat.

Patutnya, untuk dapat semangat Ramadhan yang sebenar - masa bulan inilah kena kerja lebih keras. Supaya nilai pengajaran jerih-payah itu jadi lebih realistik. Dan penganut agama lain tak akan momok-momokkan kita: bulan Ramadhan = bulan orang Islam santai-santai! Saya fikir diorang pun nak cuak dan menyampah dengan Islam sebab pada bulan ini.. akan TERGENDALALAH macam-macam perkara (yang turut mempengaruhi hidup mereka). Padahal kalau bulan-bulan biasa, perkara itu sepatutnya sudah menjadi rutin dan kelaziman.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Bulan puasa amat sesuai bagi aktiviti membaca buku-buku yang sudah lama dibeli tetapi belum sempat dibaca. Juga amat sesuai, lepas sahur, menulis dan menyiapkan karya yang tak siap-siap itu. Pada siang hari amat sesuai bagi aktiviti berfikir dan mencari idea-idea baru untuk projek tahun akan datang.

ramlah rashid berkata...

Assalamualaikum. Saya hanya nak tahu, di mana Ceramah Isu-isu Hak Cipta yg akan puan hadiri 12 Sept ini. Dan bagaimana mahu menyertainya. Maaflah, mungkin saya terlepas pandang promonya

annyss berkata...

Rem & Puan Ainon,
Sangat setuju dengan pandangan sdr berdua. Apa-apa sahaja perkara baik yang dilakukan dengan ikhlas ialah satu ibadah. Tentu pahalanya bertambah di bulan yang mulia itu nanti. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sewajarnya.

Puan Ramlah,
Soalan puan sudah saya jawab dalam e-mel saya kepada puan.

Hasrina Baharum berkata...

Setuju dengan Puan Ainon, hanya inilah sati-satunya masa yang terluang untuk membuat perancangan aktiviti bagi tahun hadapan. Masa-masa lain harus dikorbankan untuk pelaksanaan pelbagai kegiatan yang telah dirancang sebelumnya ;)

Related Posts with Thumbnails