Tulisan Tangan Pak Samad

Ketika meminta Pak Samad menulis kata pengantar untuk Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus, saya tidak pasti bagaimana modus operandi pilihan Sasterawan Negara itu. Sesekali bimbang juga kerana cerpen-cerpen dalam kumpulan CSRO ini dimulakan dengan cerpen yang agak 'sukar' dan semakin santai ke penghujungnya. Itu diakui sendiri oleh Pak Samad.

Rencana asal, CSRO mahu saya terbitkan seawal Ogos 2006 - mahu diedarkan bersempena dengan Seminar Persuratan & Peradaban Nasional di Port Dickson. Tetapi tak mungkin saya menggesa Pak Samad untuk membaca dengan cepat dan menulis juga dengan cepat. Lagipun, Pak Samad sendiri mengakui bahawa dia sedang menulis beberapa perkara lain. Siapalah saya hendak potong Q.

Jadi, saya anjak tarikh untuk release CSRO ke satu tarikh yang lebih munasabah. Jadi, saya mengambil kata pengantar Pak Samad yang bertulis tangan itu pada 20 Ogos, sewaktu bertemu dengan beliau di Mid-Valley, sewaktu sesi "Sembang-sembang Penulis Melayu - MPH". Saya menjangkakan bahawa saya akan mendapat sekadar kata pengantar. Rupa-rupanya saya mendapat lebih daripada itu!

Pak Samad menghulurkan sebuah buku nota spiral binding dengan kulit berwarna merah. Di dalamnya terkandung kata pengantar yang saya nanti-nantikan dan juga proses kreatif bagaimana kata pengantar itu terhasil.

Sesungguhnya saya terkasima!

Kepada mereka yang pernah mendapatkan buku Pak Samad Dirgahayu Dr. Mahathir Dan Kepada Pemimpin Yang Itu, tentu dapat melihat proses kreatif Pak Samad dengan 'contengan-contengan' menggunakan pen merah dan biru berserta 'lakaran' di sana-sini.

Hal yang sama terdapat dalam proses penulisan kata pengantar ini. Betapa ini menunjukkan bahawa Pak Samad membuat catatan semasa membaca cerpen-cerpen saya dan melakarkan apa yang bakal ditulis.

Dalam buku CSRO juga saya salin dan memasukkan gambar tulisan tangan asal Pak Samad. Memanglah ia menjadi lebih halus dan agak sukar dibaca. Tapi gambar itu hanya perlu dilihat dan mengabsahkan bahawa Pak Samad pernah menulis kata pengantarnya. Teks kata pengantar itu telah ditransliterasi (ditaip semula) untuk kemudahan pembaca.

Berikut beberapa gambar tulisan tangan Pak Samad sewaktu membaca dan merangka beberapa cerpen saya.





Ulasan

Salam.Tahniah atas kata pengantar yang pastinya amat berharga itu.
Unknown berkata…
Salam. Taniah di atas kemunculan buku milik Ujana Ilmu. Buku CSRO sudah saya terima pagi tadi. Saya suka dengan kualiti kertas, rekabentuk dan kulit depan yang ringkas dan kemas. Lebih menarik, setiap cerpen diselitkan nota ringkas dari pengarang.

Terima kasih juga kerana selitkan salinan asal tulisan Pak Samad di dalam buku ini. Tulisan Pak Samad memang cantik dan berseni. Kalau dibingkaikan pun cantik. :)

Catatan Popular