Isnin, Oktober 02, 2006

Mahu Jadi Bunga Api atau Lilin


Saya tertarik dengan pandangan seorang penulis Amerika bernama Jodi Picoult dalam majalah Writer's Digest Nov/Dec 2006 yang baru sampai tengah hari tadi. Judulnya Literary Lust vs. Commercial Cash. Saya turunkan petikannya di bawah ini :

The difference between a commercial writer and a literary writer is, at first sight, painfully clear. Literary writer gets clout. They get reviews in The New York Times. They win National Book Awards. Their stories haunt you, change the way you think about the world, are destined to be part of college curricula. These authors teach at prestigious universities. When they do reading, it's at a place Carnegie Hall. Their print runs are in the tens of thousands, and they don't make gobs of money, but that doesn't matter, because a literary writer is "above" mundane things like that.

By contrast, a commercial writer's book sell. They're given marketing and advertising budgets. They don't get reviewed in The New York Times but have big, splashy full-page ads inside, and they grace the peaks of its best seller list. Commercial books are the ones you trip over when you walk into a bookstore, stacked in enormous displays. They're the stories you can't put down at night and can't remember in detail after you've read them. Their print runs are in the hundreds of thousands; their advances are dissected in "PublishersLunch" reports.

Seperti yang pernah saya tulis dahulu, penulis adakalanya terdesak. Mahukan wang segera. Jadi menggadaikan segala yang ada. Termasuklah sastera ke dalam alur pop. Tentu sahaja ujaan wang ringgit itu amat menggoda. Siapa tidak mahu wang untuk meladeni kehidupan di dunia ini.

Ya, untuk kehidupaan jangka pendek memang wang itu amat membantu. Namun, fikirkan apakah kesan jangka panjang terhadap pembaca setelah membaca karya tersebut. Jika kesannya positif, Alhamdulillah. Pengarangnya pun dapat saham di akhirat nanti. Tetapi jika selepas membaca novel popular, mereka mendapati tidak salah untuk menjalinkan hubungan sulit dengan bos sendiri, ataupun memaafkan dirinya kerana bercinta dengan suami orang ataupun mereka berasa sangat selesa dalam melakukan dosa lantas mahu mengikut cara yang digambarkan oleh penulis, saham yang bagaimana mahu dikutip penulisnya?

Maka itu, di dalam Al-Quran sendiri terdapat satu surah khas untuk mereka yang terlibat dalam penulisan iaitu Surah Asy-Syu'araa' (Perihal Ahli-ahli Syair). Ha, jangan pula nak berdalih, 'saya bukan penyair, saya penulis novel sahaja'.

Tafsiran bagi surah ini amat luas. Maksud penyair dalam konteks masyarakat Arab Jahiliyyah itu sama sebenarnya dengan konteks lambakan karya-karya popular hari ini yang miskin isi dan adakalanya jauh daripada kebenaran. Apatah lagi konsep amal makruf nahi mungkar yang gagal dihadirkan dalam penceritaannya. Yang batil itu dibesar-besarkan supaya dapat dijadikan pengajaran (kononnya).


Firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syu'araa' ayat 221 - 227 :

"Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta.

Dan ahli-ahli syair itu diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak lakukannya.

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah sebanyak-banyaknya, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah) orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali."

Fikirkan, ayat pertama yang diturunkan dalam bulan Ramadhan ini ialah Surah Al-Alaq. Suruhan pertama ialah membaca. Bukannya sembahyang. Fikirkan betapa Allah SWT menyeru manusia menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan.

Surah kedua ialah Al-Qalam iaitu pena. Fikirkan lagi. Bukankah sesudah diperintahkan supaya membaca, barulah datang perintah menulis. Malah Allah SWT bersumpah "Demi Qalam" dalam ayat awal surah ini.

Memang tidak dinafikan menulis karya popular pulangannya amat lumayan. Tetapi sebagai penulis yang mengakui diri Islam, sejauh manakah wang itu boleh menjamin kesejahteraan ummah jika keberkatan dalam penghasilan penulisan itu juga masih meragukan. Dan berapa lama sebenarnya jangka hayat karya mereka. Membaca karya pop 10 tahun dahulu sahaja sudah terasa ketinggalan zaman.

Bandingan karya bersifat komersial ialah seperti bunga api yang sangat indah pada waktu malam yang meriah. Hiruk-pikuk manusia yang bertepuk tangan melihat penganjur membakar wangnya di udara.

Cantik.
Indah.
Tetapi berapa lama hayat bunga api itu?

Penulis sastera memang tidak mendapat nikmat yang sama. Malah dianaktirikan itu perkara biasa. Tetapi hayat penulisan begini jauh lebih panjang. Jumlah cetakannya memang tidak sejauh mana tetapi karya itu sentiasa hidup dan membentuk peribadi pembacanya dan kekal segar hingga ke anak cucu.

Ya lah, siapa yang akan menggunakan lilin jika bekalan elektrik tidak terputus bukan? Adakah kita akan bakar bunga api jika mahu ke tandas apabila blackout? Hmm... apa salahnya, meriah juga bilik air kita itu.

Lantas mengapa pula kita terus memilih lilin dan bukannya bunga api?

Ayuh, marilah kita mencari kembali paksi kebenaran dalam persuratan. Penulisan ialah khazanah yang akan membentuk tamadun hari ini dan penentu kepada pengekalannya. Mahukah kita terus membina tamadun yang rapuh untuk diwarisi oleh anak-anak generasi.

Mahukah kita terus dikutuk manusia masa hadapan yang terpaksa memikul dosa sejarah?

4 ulasan:

ainee berkata...

Tulisan yang menusuk.
Lilin dan bunga api.

Bunga api, cantik, namun sekejap.
Cantik, namun membelinya juga suatu pembaziran. Mak saya cakap, beli bunga api (juga mercun dan rokok) seumpama membakar duit.

Lilin juga cantik. Namun kecantikannya bertahan lebih lama juga mendatangkan manfaat kepada yang tidak mampu membayar bil elektrik atau keputusan bekalan elektrik.

umaq_eiman berkata...

ermm kak nisah teruskan perjuangan...

erm lilin nih cantik tapi susah nak hayati kecantikan dia,
kena faham ilmu cahaya baru tahu yang lilin nih juga banyak jenis warna apinya.
bunga api mmg cantik org buta warna pun dapat lihat kecantikannya.

Tanpa Nama berkata...

dan jika susah mau hayatinya jgn pula dicemuh dan dihina sbg tiada berkasta, tidak tahu berfikir dan sebagainya. Sesungguhnya nabi sendiri tidak pernah hilang sabar meledani si Pandir.

Mardhiah

aslina berkata...

Salam,
Saya tak mahu jadi bunga api mahupun lilin saya mahu jadi seperti pokok yang subur, ia menjadi teduhan orang lain dan pada masa yang sama ia menjaga dirinya. Jika jadi bunga api sekejap sangat menyinarnya, jika jadi lilin pula ia membakar dirinya sendiri berkorban untuk orang lain tapi memusnahkan dirinya. Tapi jadi pokok ia lebih banyak berguna... Cumanya jika tak ada elektrik memang la cari lilin

Related Posts with Thumbnails