Rabu, November 08, 2006

Surat-Surat Penyokong Bahasa Inggeris


Semalam riuh lagi di Kongres Bahasa DBP tentang isu matematik & sains dalam Bahasa Inggeris. Pejuang bahasa menuntut supaya kembalikan semula pengajarannya ke dalam bahasa kebangsaan. Malah Dr. Awang Sariyan juga mahukan supaya Palace of Justice juga ditukar namanya ke dalam Bahasa Melayu.


Sungguh! Palace of Justice bunyinya macam tempat superhero kartun yang anak-anak saya suka tengok tu. Tempat Superman, Wonder Woman, Batman dan lain-lain berhimpun dan memikirkan masalah dunia. Pertama kami saya mendengar nama Palace of Justice, saya tergelak. Saya sebagai peguam, tak terasa majestic pun dengan nama itu.

Tetapi hari ini, menderu-deru pula surat yang terbaca dalam Utusan tentang pihak yang menyokong Bahasa Inggeris.

Mari kita baca bersama-sama :

Teruskan Pengajaran Sains & Matematik dalam BI

Cina fasih tiga bahasa, mahukah Melayu hanya satu?

Kepada penulis surat itu, setakat mahukan anak-anak fasih berbahasa Inggeris, bukannya perlu belajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, kak! Saya sendiri pun tak pernah belajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris. Tetapi saya boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan sedikit Arab, Peranchis dan Mandarin. Tidak ada satupun subjek matematik dan sains yang saya dalami untuk menguasai bahasa-bahasa tersebut!

Takut benar anak-anaknya tak dapat belajar di luar negara macam anak-anak kenamaan yang lain. Takut benar anak-anaknya tak dapat speaking dengan baik sewaktu minta kerja.

Tolonglah! Jika benar mahu memantapkan bahasa Inggeris anda, mantapkan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Dapatkan guru-guru yang memang benar-benar bersungguh mengajar Bahasa Inggeris.

Bukti hidup : saya datang dari sekolah aliran agama. Bukan nak menunjuk, tetapi saya dapat A1 untuk English 322 (tahun 1990) dan C5 untuk English 1119.

Sekali lagi saya tegaskan, bukan subjek matematik & sains itu yang menjadi penentu kejayaan bahasa Inggeris seseorang. Bahasa Inggeris boleh dimahirkan melalui pembacaan yang luas dan penggunaan dalam pertuturan. Saya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan seorang dua kawan sewaktu di sekolah dan dengan guru-guru Bahasa Inggeris saya, walaupun ramai juga ustaz dan ustazah yang mengajar bahasa Arab 'berbulu' mendengar saya speaking. Tapi saya peduli apa? Saya juga boleh bertutur dalam bahasa Arab mengikut keperluan.

Anak saya yang belum belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris juga boleh bertutur dengan baik dalam Bahasa Inggeris.

Persoalannya ialah, pejuang-pejuang bahasa itu bukannya mahu menafikan penggunaan Bahasa Inggeris. Kalau nak bercakap bahasa Inggeris pun, cakaplah. Tak ada siapa yang nak menghalangnya. Tak siapa pedulipun sebenarnya. Tetapi jangan lupa kepada akar dan jati diri.

Kalau nak mengucapkan 'maaf' pun kena guna perkataan 'sorry', bersin pun tak boleh nak ucap 'alhamdulillah' tetapi lebih selesa menggunakan 'excuse me'. Nak jadi apa gitu?

Sesiapa pun tidak menafikan kepentingan apa-apa bahasa pun, asalkan ia sesuai dengan konteks pembelajaran dan penggunaannya. Tetapi, kita mesti ada tertib dan keutamaan. Yang mana dahulu yang mana patut dikemudiankan.

Kalau bahasa pun nak dipolitikkan, alangkah malangnya bangsa Melayu!

3 ulasan:

mama nina berkata...

Saya menyokong 100% Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam P & P disekolah2 kerajaan.Kepandain & kemahiran berbahasa Inggeris bukan terletak kepada membahasa Inggeriskan matapelajaran tertentu dalam P & P.Malang bagi anak2 kita kerana apa yang mereka dapat ialah B.Inggeris rojak,begitu juga apabila mereka berbahasa Melayu.Akhirnya org Melayu tidak mahir dalam kedua-dua bahasa.Sepatutnya cara pengajaran B.Inggeris yg perlu diubah jika murid lemah berbahasa Inggeris.

Rebecca Ilham berkata...

Salam.

Iya, kembalikan pengajaran Matematik dan Sains ke Bahasa Melayu.
Tau cakap Bahasa Inggeris belum tentu menjamin tiket biasiswa ke luar negara.
Perlu hebat Sains dan Matematik juga!

Tanpa Nama berkata...

Sekarang di Malaysia ada aliran pemikiran pandirism, hasil dari terlalu lama terdedah dengan kesan radioaktif, racun dan candu Zionis yang tersebar melalui TIVI dan media cetak.

Any idea to deal with them...nak tarik rambut dalam tepung? sorile Nisah saya ini jenis brutel, dengan tepung2 dah rambut saya sepak, terajangkan.

Tapi tule kita sapa nak menyapak menerajang, saya senang aje banyakkan baca penghulu istigfar. Kalau tak, alamat tak keluarlah saya dari mental Hospital itu hari hahahaha

BTW thanks sebab susah jah menyemak bank statement, sepah2 Pandir masih ada lah kut dalam sistem saraf saya.

Alah pakar sakit jiwa saya ajar supaya saya buat kelakar2 ajela, kalau tak kita juga yang stress nanti. Nak kata gilake, skru longgar ke, tak kisahlah, yang penting kita happy dan tak sakitkan hati orang.

Mardhiah

Related Posts with Thumbnails