Jumaat, Disember 22, 2006

Laman-laman baru (& baru dijumpai)

(Gambar ini tiada kena mengena dengan entri. Tetapi saya tetap hendak letak di blog. Gambar diambil sewaktu sesi minum petang - makan pengat psang lagi - selepas Bengkel Novel Popular yang juga bertindan dengan MPR. Dalam gambar, saya dikelilingi 3 kuntum bunga: bunga mawar, lili & melur (Mawar Shafie, Lily Haslina Nasir & Siti Jasmina Ibrahim.)

Sebaik-baik sahaja selesai Minggu Penulis Remaja 2006 baru-baru ini, adik-adik peserta telah mengambil inisiatif mewujudkan satu blog khusus yang dipanggil MPR2006. Saya percaya perkara ini disebabkan beberapa orang peserta memang sudah ada blog sendiri dan ada juga yang teruja untuk memiliki blog sendiri setelah melihat beberapa mentor dan peserta sudah memilikinya.

Blog ini ada bagus dan ada juga kesan kurang baik. Blog boleh menjadi ruang ekspresi penulisnya. Juga memaklumkan sesuatu kepada pembaca. Blog yang baik tentulah yang memberi maklumat jika tidak ilmu, kepada pengunjung. Satu sifat penulis blog dan pembaca blog - ialah blog bersifat addictive. Kalau niat hendak menulis ketika komputer dihidupkan. Tulis sahajalah. Usah belayar. Nanti tak sedar 3 jam berlalu tanpa sebarang tulisan.

Saya juga berharap adik-adik dapat mengimbangkan supaya tidak sekadar prolifik di blog tetapi prolifik di media cetak juga.

Turut dikesan ialah blog penyair terkemuka negara - Zurinah Hassan! Beliau bukan sahaja tekun menyudahkan Ph.D (khabarnya sudah pun selesai, hanya menunggu masa untuk dipanggil Dr. Zurinah), tetapi masih sempat menulis sesuatu di blognya.

Mungkin ada banyak lagi blog di luar sana yang tidak sempat dikesan. Namun, bukan semua blog itu bermanfaat dibaca. Ada yang bersifat agak peribadi dan jarang-jarang pula dikemaskini. Lantas, tidak memberi sebab kepada pengunjung untuk hadir semula.

*******

Di rumah saya jarang mendengar radio, kalau mendengar pun sambil memandu. Itu pun bukannya sepanjang masa. Tetapi baru-baru ini saya dapati KlasikNasional sudah boleh buat live streaming. Jadi bolehlah juga mendengar beberapa lagu nostalgia lagi klasik sewaktu menghidupkan laptop.

Pautannya sudah saya wujudkan pada sidebar blog saya.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hai Sis
I ni baru betul makan minum dpn komputer. Sementara tak busy sangat...boleh la kacau you! (saje jeeee...bak kata Dr.Robiah)

For those yang komplen tak ada ruang nak berekspresi kerana terpaksa pergi kerja sebagai lawyer ke, engineer ke, pegawai HR ke, drebar lori ke...saya rasa blog adalah ruang yang sangat sesuai. Ramai di antara kita dah jadi robot dan tercungap-cungap dalam rat race.Jadi buatlah blog sendiri kan? (Eh, ni bukan mengata kat diri sendiri tau!Wait for my blog!)

P/S gambar bunga-bungaan ni yang I snap hari tu kan?You bunga apa, Sis?Bunga kantan ke?Hehehhe...

annyss berkata...

Ya, inilah gambar yang you ambil hari tu. Entahlah, I ni bunga cengkih kot, kalau tak pun bunga lawang!

Tanpa Nama berkata...

amboi kak nisah, website saya tak dikesan-kesan lagi ke. hahahaha.

--> saharil.com

annyss berkata...

Saharil,

Ooops!

zurinah hassan berkata...

Nisah, terima kasih kerana jumpa blog saya. Insya Allah kalau ada masa saya akan terus menghidupkan blog itu. Sekurang-kurangnya memasukkan karya-karya terbaru di situ.
Tentang tesis Ph.D.lebih kurang boleh kata siap. Ni saya nak cakap ni. Bagi saya menghabiskan satu penulisan tesis sudah cukup memberi kepuasan. Itulah kepuasan sebenar bagi seorang penulis seperti saya.Soal degree itu soal kedua, yang pertama apa yang ditulis dalam tesis.Ada tak sesuatu yang baru untuk sastera kita. Salam kasih sayang dan selamat maju jaya.

Tanpa Nama berkata...

Hi Ma,

Just pray that I will have my own blog soon wahai ibuku yang sudah 'adeban'...

Hehehe jadi tempat pertemuan maya 'cap ibu dan anak'pulak ni Kak Nisah!

-Rai The Best-

Related Posts with Thumbnails