Pakej Buku di Ujana Ilmu

~ PAKEJ SASTERAWAN KEMBALI DI UJANA ILMU ~

Ujana Ilmu menawarkan PAKEJ SASTERAWAN.
Dapatkan 3 buah buku dengan harga RM50 sahaja!


Koleksi cerpen terbaik Faisal yang belum pernah dibukukan. Mengandungi 30 buah cerpen, termasuk cerpennya, Cahaya Pada Jiwa, Ratu Kosmetik, Cik Siti Mustika, dan Ingin Jadi Nasrallah. Karya-karya Faisal rata-rata bersifat sederhana tetapi kaya dengan estetika makna. Inilah buah tangan terbaharu Faisal selepas novel terkininya, Surat-surat Perempuan Johor.

Harga : RM28.00


Nisah seringkali membikin kontroversi dalam karyanya. Ramai yang merasa tercabar apabila membaca cerpen-cerpennya. Kini Nisah menghimpunkan semua cerpennya yang berada dalam kategori dewasa untuk dihakimi sendiri peminatnya. Cerpen-cerpen disusun secara kronologis bagi memudahkan pembaca menghadami dan melihat sendiri jalur perkembangan penulis wanita ini.

Kumpulan cerpen ini merupakan himpunan yang kedua selepas "Impian Tsu-Ryi".


RM22.00

SN A. Samad Said seringkali dikaitkan dengan karya-karyanya yang besar apatah lagi puisi-puisi beliau amat mengujakan. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa SN ini boleh menulis puisi untuk kanak-kanak. Kumpulan Puisi Rindu Ibu ini merupakan buktinya. Ia bukan sahaja mudah dihadam oleh kanak-kanak tetapi amat sesuai dinikmati semua lapisan pembaca. Ada yang bersifat nostalgik dan mengembalikan kita kepada kenangan lampau. Dalam masa yang sama, ia menghubungkan kita dengan generasi hadapan.

Rindu Ibu - Edisi Santai ini amat mudah untuk dibawa ke mana-mana.


RM10.00


Pakej Sasterawan
Kandungan : 1. Kekasih Sam Po Bo - Faisal Tehrani
2. Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus - Nisah Haji Haron
3. Rindu Ibu (Edisi Santai) - SN A. Samad Said
Harga Pakej : RM50


Tawaran istimewa untuk para pelanggan Ujana Ilmu.
Pakej Sasterawan yang menjimatkan.
Dapatkan 3 buah buku pilihan Ujana Ilmu dengan harga istimewa.

1. Kumpulan Cerpen "Kekasih Sam Po Bo" (Harga biasa : RM28)
2. Kumpulan Cerpen "Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus" (Harga Biasa : RM22)
3. Kumpulan Puisi "Rindu Ibu" (Harga biasa : RM10)

Jumlah : RM60 (Harga biasa)

Dengan pakej ini pelanggan menikmati potongan sehingga RM10!

Rebutlah peluang ini.

Hanya di Ujana Ilmu.

Klik pautan ini : Pakej Sasterawan

* Harga pakej tidak termasuk kos penghantaran.


Ulasan

salam kak nisah,

rugi lah saya terlepas peluang yang sangat bagus, saya baru menempah buku kekasih sam po bo dan mencari Locus standi=rm48 semalam

(~_~)... mungkin bukan rezeki saya...
Nisah Haji Haron berkata…
Puteh Seroja,
Pesanan sdr sudah pun diposkan. Tetapi apa salahnya, kalau mahu memesan pakej sasterawan ini. Bukankah buku yang baik itu sangat baik untuk dihadiahkan kepada insan yang terbaik? :)

Saya biasa beli buku lebih daripada satu naskhah. Nanti senang buat hadiah pada kawan-kawan.

ikhlas,
Nisah
salam,

akan dipertimbangkan...

bagaimana jika saya mahu menghadiahkan pada sahabat yang berada di australia?

bagaimana dengan bayaran penghantaran?

(^_^)
Nisah Haji Haron berkata…
Puteh Seroja,
Itu mudah sahaja. Letakkan nama dan alamat sahabat pada bahagian "Shipping Address" dan nama sendiri pada bahagian "Billing Address".

Nanti sistem kami akan proses maklumat tersebut dan memaklumkan secara automatik berapakah kos penghantaran bagi buku-buku tersebut. Setiap satu buku telah disukat timbangannya. Jadi, sistem kami akan menjumlahkan berat kesemua buku dan memberikan nilai untuk kos penghantaran.

Cubalah, pasti sahabat anda di Australia akan terkejut dan amat menghargai pemberian anda itu.

Untuk pengetahuan, Ujana Ilmu pernah mengirimkan buku-buku kami ke Jerman, Ireland, USA, UK, Jepun, Australia, Jordan, Peranchis dll.
zf_zamir berkata…
salam, tahniah pada Ujana Ilmu..

kalau buat jualan hujung tahun, 50% diskaun mungkin lebih baik? haha..

nasib baik buku saya belum diposkan tadi..
Rebecca Ilham berkata…
Salam Puan Nisah,

Terima kasih atas penghantaran segera pesanan terkini; Kekasih Sam Bo PO, Rindu Ibu dan Surat-Surat Perempuan Johor.

Saya sudah tak sabar-sabar mau menatap buku-buku berbahasa Melayu!

Oh. Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus dan Impian Tsu Ryi belum tiba. Mungkin dalam beberapa hari ini.

Salah saya juga. Serik menggunakan non-express delivery.
:(
Puan, satu tawaran menarik.

Saya baru menerima Surat-Surat Perempuan Johor. Sedang mengira akaun memperuntukkan sedikit jumlah bagi membeli pakej ini. Maklumlah sahaja, bahana berbelanja kerana Aidilfitri belum habis lagi tempiasnya.

Insya Allah
Tanpa Nama berkata…
salam,
nisah, akak dah ada buku rindu ibu, boleh tak package ni tukar buku rindu ibu kepada buku yang lain. Lagi satu, boleh tak kalau kebetulan ada di seremban, nak pergi ambil sendiri buku2 tu?Terima kasih.
Nisah Haji Haron berkata…
Kak Mazlina,
Itu bisa diatur!

-Nisah-
Jong berkata…
salam
Bukan main bisnes woman ni!

Catatan Popular