Ulasan Bengkel Novel Popular

Ada beberapa komen dan e-mel yang meminta saya melaporkan tentang Bengkel Novel Popular tempoh hari. Bagi saya tiada suatu pun yang mengujakan. Sesungguhnya, ia sekadar satu program bicara karya banyak judul buku berbanding bicara karya satu buku ataupun 3 buku dalam satu-satu majlis.

Tiada dapatan akademik ataupun bersifat ilmiah kerana setiap panel diberi sebuah buku untuk dikupas. Jadi, panel tidak mungkin membuat sebarang perbandingan. Yang perlu dicari ialah sama ada novel yang diperkatakan itu mempunyai nilai komersialisme ataupun intelektualisme.

Untuk yang masih ingin tahu, baca tulisan Sdr Razali Endun dalam Mingguan Malaysia hari ini yang berjudul "Bengkel Novel Popular Hambar".

Ulasan

Zaid Akhtar berkata…
ramai yang bersetuju,
pembentangan terakhir paling baik.

saya dah ucapkan tahniah kpd Dr. Kamariah Kamaruddin ptg tu juga.

:-)

Catatan Popular