Rabu, Februari 28, 2007

R.H. Hickling - Pemergian Guru Undang-undang & Mentor Penulisan


Dipetik dari akhbar The Star Online (gambar juga dari sumber yang sama) :

PETALING JAYA: Reginald Hugh Hickling, who helped draft Malaya’s Federal Constitution and was behind the drafting of the Internal Security Act in 1960, passed away at St Richard’s Hospice, England, after a short illness.

He was 87.

Hickling, born in Derby in 1920, arrived in Malaya 30 years later and held various positions from assistant attorney-general in Sarawak to legal adviser in Johor.

He is survived by a wife and three children.

Beliau pernah mendraf ISA dan pernah menjelaskan keperluan ISA. Ya, dia orang British. Dia bukan Islam. Tetapi dalam ramai-ramai guru undang-undang, dialah yang sering menyebut bahawa "jika satu hari nanti, kamu mahu berhenti daripada dunia undang-undang, tidak mengapa. Asalkan kamu tidak berhenti menulis."

Dia juga pernah memaklumkan bahawa peguam senang dicari tetapi sukar untuk mencari seorang penulis yang baik.

Kami sering berutus warkah. Pernah saya tanyakan alamat e-melnya, tetapi dia seorang yang sangat old-fashioned. Paling tidak, dia mesti membalas surat saya itu dengan sekeping poskad. Ketika di Tahun 1 Fakulti Undang-undang UKM, beliau merupakan pensyarah untuk subjek Malaysian Legal System dan Undang-undang Perlembagaan. Pendekatannya tidak boleh diterima semua pelajar yang sudah biasa disuap mengikut silibus. Beliau lebih gemar menggunakan pendekatan bercerita dalam menyampaikan mesejnya. British jokesnya juga sukar ditangkap mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris.

Pun, dia tidak pernah memotong sebarang markah atas sebarang kesalahan tatabahasa Inggeris. Dia hanya mencari isi dan dia bukannya pensyarah bahasa. Pada waktu lapang antara kuliah, saya akan singgah ke pejabatnya. Anehnya, kami berbual tentang hal-hal penulisan dan sastera. Saya suka mendengar dia bercerita. Dia seperti seorang datuk yang bercerita kepada seorang cucu.

Gambar beliau di belakang bukunya Finding Hobbes - saya jadi tukang ambil gambar itu!

Dalam buku Memoir of a Wayward Lawyer pula, dia juga letak nama saya dalam ruangan dedikasi.

Benar, saya tidak mendapat tunjuk ajar khusus tentang penulisan melalui beliau. Tetapi, apabila dia lapang dan singgah di Kuala Lumpur ataupun singgah ke Fakulti Undang-undang, adakalanya dia tinggalkan sebuah buku untuk saya - dititipkan melalui seseorang. Seperti biasa, buku-buku tersebut bukalah buku undang-undang. Tetapi buku-buku pelbagai tema, termasuklah buku-buku berkaitan penulisan.

Ah, saya agak sentimental dalam entri kali ini. Apa lagi yang boleh dikatakan tentang orang yang telah tiada. Tentu sahaja kenangan yang boleh dihimpunkan.

Kenangan paling manis dan paling bermakna ialah ketika dia turut menyempurnakan undangan perkahwinan saya tahun 2000. Dia datang semata-mata untuk memenuhi jemputan saya! Sempat pula belajar menepung tawar dan membisikkan pada suami saya, "You are a very lucky man!"

Poskad terakhirnya bertarikh 24 Ogos 2006. Dia mengucapkan tahniah kerana saya memperoleh LLM dan juga membentangkan kertas kerja di Shanghai. "You are doing very well indeed!" Itu kata-katanya yang terakhir.

Selepas itu, saya mengirimkan kad hari krismas seperti tahun-tahun sebelumnya. Buat pertama kali kad itu tidak dibalas. Firasat saya sudah berkata: mungkin kartu itu tidak akan dibalas buat selama-lamanya...

4 ulasan:

ikmal berkata...

bertuah kak nisah dapat belajar dgn prof hickling seorang pakar undang2 perlembagaan yg tersohor. saya ada terbaca buku the wayward lawyer dan ikhlas in england,bagus utk pelajar undang2:)terasa akan kehilangannya

Rem berkata...

Catatan yang menyentuh. Takziah pada keluarga mediang Hickling.

Sayangnya, saya tidak pernah memanjangkan hubungan dengan mantan guru-guru saya!

annyss berkata...

Ikmal,
Benar. Saya rasa bertuah dapat berguru dengan beliau. Seisi dunia perundangan merasakan kehilangan beliau.

Rem,
Entah mengapa, saya lebih rapat dengan mantan guru daripada teman-teman seangkatan, adakalanya. Seronok berkawan dengan guru, barangkali. :-)

tuan tanah berkata...

Macam membaca Tuesdays with Morrie versi mini pula.

Takziah untuk keluarga mendiang.

Related Posts with Thumbnails