Jumaat, Februari 16, 2007

Perlis semakin liberal?

Pagi ini, setelah membaca tulisan Mufti Kerajaan Negeri Perlis, saya dapat membayangkan betapa Perlis akan menjadi lebih kurang sama dengan Haadyai, Phuket dan bandar-bandar yang mempunyai konotasi yang sedemikian.

Baca : Cegah maksiat terbuka (Oleh DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN)

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh mufti muda ini, sekalipun bersandar kepada nas-nas tertentu bakal dimanipulasi oleh banyak pihak untuk kepentingan individu. Golongan liberal seperti Sisters in Islam pastinya telah lama bersorak dengan kenyataan mufti ini. Industri perhotelan di Perlis juga akan semakin makmur.

Menurut beliau yang memberikan garis panduan umum bagi operasi khalwat :

Operasi memeriksa bilik ke bilik atas usaha mencari kesalahan maksiat dikategorikan sebagai tajassus. [mengintip]

Kemungkaran yang dicegah ialah apabila ia nyata atau diketahui secara yakin seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas. Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan.


Kalau sudah ada maklumat bahawa ada pasangan bukan muhrim duduk dalam bilik hotel di tingkat yang paling tinggi, macam mana pula hendak dilihat melalui tingkap? Melihat menggunakan helikopter? Kalau tingkapnya tertutup, maka dibolehkan berkhalwat?

Bagaimana pula kita mahu mengaplikasikan ayat "La Taqqabuz Zina" (Janganlah kamu menghampiri zina).

Aduhai, aduhai...

Yang perlu diperbetulkan ialah tatacara penangkapan khalwat yang sedikit sebanyak masih ada ruang untuk diperbaiki dari aspek teknikalnya. Bukan terus menghalang sikap prihatin masyarakat setempat.

Lantas, perbuatan beberapa pasangan yang berdua-duaan di kawasan Tasik Melati di Perlis, misalnya, itu sangat-sangatkah dibolehkan? Atau mereka boleh ditangkap kerana berdua-duaan sebagai pasangan bukan muhrim kerana dilakukan di tempat yang terbuka? Bukankah khalwat itu dilakukan di tempat-tempat yang sunyi?

Semakin banyak persoalan yang timbul, semakin banyak pula jalan penyelesaian yang diharapkan daripada golongan 'pewaris nabi-nabi' ini...

5 ulasan:

Jiwa Rasa berkata...

Sehingga hari ini saya masih hairan. Dalam banyak-banyak isu yang melanda umat Islam kini, mengapa isu operasi cegah khalwat ini yang jadi keutamaan SS Mufti Perlis? Prinsip maslahatiyah mana yang dipakai? Fiqh awlawiyat mana yang dirujuk?

umaq_eiman berkata...

salam kak Nisah..
erm ada betul juga apa yang akak cakap tapi, kan matlamat tu tidak menghalalkan cara.

seorang mufti seorang lawyer syarie. yang mana lebih tepat nih? erm. pada pemahaman saya ustaz Asri tu cuba nak buka kepompong fungsi penguatkuasa pejabat agama. asyik tangkap khalwat jer. cuba buat serbuan lain plak.

tapi larangan tajassus tuh jelas dalam al Quran kan??? susah juga tuh. meninggalkan keburukan lebih baik dari membuat kebaikan.. tuh kaedah fikah kan??

sekadar mengomel,

Faisal Tehrani berkata...

salam,
kalau dah mengangkang di taman-taman rekreasi tak mahu tangkap lagi tak tahulah apa nak jadi.
inilah yang aku nampak siang-siang hari, orang merendek kat perlis, kalau anggap itu tak boleh kerana dikira mengintip tak tahulah.
teruskan nisah, kami di ex-KISAS "kenal" mufti muda ini.
Wassalam

Sholah Ud-Deen berkata...

Mencegah bid`ah lebih baik dari mencegah ma`siat...

Hmm... penangan wasabi...

Aqil Fithri berkata...

salaam kak nisah,

maaflah kerana menganggu. luar tajuk pulak.

pernahkah kakak buat pameran buku depan FSSK, UKM? kira2 tak sampai setahun yang lepas? saya dapat kad perniagaan (mohd shukri nasir). kata kakak yang berikan kad tersebut, itu kad suaminya.

lama juga saya bersembang dengan kakak tersebut. maaflah, kalau benar itu kakak. kerana saya tak mengenali kakak waktu tersebut. main sembang saja. beli buku pun tak. maklumlah, saya bukan orang sastera, hehehe :-)

Related Posts with Thumbnails