Sabtu, Februari 24, 2007

Sekitar Hadiah Jubli Emas DBP

Dari kiri : Azizi Hj Abdullah, Khalid Salleh, Hasan Baseri Budiman & Sahrunizam Talib di meja pemenang

Semalam berlangsung majlis penyampaian hadiah Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Majlis diadakan di Dewan Bankuet, DBPKL. Majlis berlangsung agak hambar tetapi tujuan saya hadir ialah untuk bertemu dengan sahabat-sahabat penulis dan sama-sama meraikan hari gembira mereka.

Faisal Tehrani (gambar di atas) tiba-tiba jadi orang kaya baharu apabila pulang dengan RM74,000. Begitu juga dengan Sdr Osman Ayob (RM16,000) apabila mereka berdua menang dalam 3 kategori berasingan.

Juga menarik, Siti Jasmina Ibrahim menewaskan penulis-penulis skrip teater 'otai' seperti Anuar Nor Arai dan Hatta Azad Khan! Tahniah Jas, rezeki Nian Nusaibah!

Saya tidak menang apa-apa, sebab tak masuk pun pertandingannya :-)

Berikut keputusan penuh : (untuk laporan Panel Hakim, dapatkan Dewan Sastera Mac 2007 yang telah dijual mulai semalam.

NOVEL

Hadiah Pertama (RM50,000) - Faisal Tehrani "Bedar Sukma Bisu"
Hadiah Kedua (RM40,000) - Azizi Haji Abdullah "Harga Sebuah Maruah"
Hadiah Ketiga (RM30,000) - SN Shahnon Ahmad "Mahabbah"

Hadiah Saguhati (RM10,000 setiap satu) -

  1. Mohamad Faizal Jamil "Anak Ruma' Kadang"
  2. Zaharah Nawawi "Bulan dan Mentari"
  3. Mohamad Khalid bin Hamzah "Kabus di Perbukitan"
  4. Osman Ayob "Ombak Bukan Penghalang"
  5. Noraini Osman "Kembali Sebutir Mutiara"
  6. Muhd. Nasruddin Muhd. Dasuki "Langit Angsana"
  7. Nasruddin Mohammed "Menara"

DRAMA PENTAS

Hadiah Pertama (RM30,000) - Siti Jasmina Ibrahim "Hikayat Qaziq" - gambar di atas
Hadiah Kedua (RM25,000) - Hatta Azad Khan "Muzika Kampung Baru"
Hadiah Ketiga (RM20,000) - Dahiri Saini "Jeda Nur Iman"

Hadiah Saguhati (RM8,000 setiap satu) -

  1. Jamshari bin Saili "Bah!"
  2. Wan Ahmad Ismail "Budak Joget"
  3. Wilai Ah Jok "Dayana Thomson"
  4. Anuar Nor Arai "Kotak Renung dan Tenung"
  5. Saloma Mat Lajis "Menjalar Akar ke Langit"
  6. Suriani Mohd Yusof "Tiang Cengal Dinding Sayung"
  7. Khalid Salleh "Walinong Sari"

NOVEL REMAJA

Hadiah Pertama (RM20,000) - Faisal Tehrani "Manikam Kalbu"
Hadiah Kedua (RM15,000) - Nurul Salwa Abdul Muluk "Epilog Sekeping Hati"
Hadiah Ketiga (RM10,000) - Fatimah Syarha Mohd Noordin "Seindah Mawar Berduri"

Hadiah Saguhati (RM5,000 setiap satu) -

  1. Osman Ayob "Gelombang Buana"
  2. Ramlah Rashid "Jeriji Kasih"
  3. Nada Haifaa Remlle "Khilaf"
  4. Sarimah Othman "Rentak Galur"

CERPEN

Hadiah Pertama (RM5,000) - Baharin Ramly "Di Tengah Arus"
Hadiah Kedua (RM4,000) - Faisal Tehrani "Rindu Ini Luar Biasa"
Hadiah Ketiga (RM3,000) - Ahmad Syuhaimi Adnan "Mitigasi Seorang Pejuang Bahasa"

Hadiah Saguhati (RM1,000 setiap satu) -

  1. Nurul Izwazi Mohd Noor "Bilik 101"
  2. Norhashimah Hashim "Detik-detik Terakhir"
  3. Zanazanzaly "Kalam Munsyi"
  4. Zubaidah Ishak "Krisis"
  5. Arina Mohd Rosli "Memoir Melayu di Bumi Asing"
  6. Haji Azman Ahmad "Pohon Jejawi Khanyam Samlou"
  7. Osman Ayob "Riak Perubahan"
  8. Md Nizar Parman "Saudagar Bahasa"
  9. Azami Arshad "Tiang Cengal"
  10. W.B. Rendra "Titip Tinta Versi Strawberi"

PUISI

Hadiah Pertama (RM4,000) - Jamaludin D "Menyisir Tirai Jendela"
Hadiah Kedua (RM3,000) - Ali Bukhari Amir "Balada Burhan di Kota Raya"
Hadiah Ketiga (RM2,000) - Sahrunizam Abdul Talib "Lidah Ibu"

Hadiah Saguhati (RM700 setiap satu) -

  1. Nor Hariyati Salimin "Bahasaku - Di Sini Segalanya"
  2. Mohd Jim Hamzah "Bahasaku Terus Mengalir"
  3. Nazim Subari "Di Atas Peterana Bangsa"
  4. Hasan Baseri Budiman "Lelaki dan Sebilah Pedang Tajam (2)"
  5. Saifulizan Yahaya "Mahkota (Jawapan kepada Sang Nila Utama Yang Bertanya)"
  6. Fauziah binti Abd. Ralip "Mari Kita Cegatkan Martabat Bahasa di Mercu Gemilang"
  7. Ruzaini Yahya "Pengelana Waktu"
  8. Yusmiyani Yusoff "Sumpah Anak-anak Bangsa"
  9. Ramli Hashim "Tegap Pohon Bahasaku"
  10. Mohd Taufek bin Mahamud "Wibawa Bahasa"

Gambar-gambar sekitar majlis :
Meja utama - dari kiri : Hjh Zalila, Dato' Firdaus (KPDBP), SN Dato' A. Samad Said, Hjh Izzah, Dr. Sahlan


Meja panel hakim
antara tetamu yang hadir

Ucapan KP DBP

Cuba teka siapa yang cuba bersembunyi dari lensa kamera saya? (dia juga seorang blogger)

11 ulasan:

kak ila berkata...

Amboi..., cepatnya liputan sampai ke blog ya? Hebat awak. Dalam sarat begitu masih komitet dalam segala hal. Terima kasih sudi bergambar kenangan bersama, semalam. Terima kasih juga di atas bimbingan secara langsung dan tak langsung di bidang penulisan sastera. Dan hasilnya dilihat semalam. Meski hanya saguhati tapi saya rasa anugerah itu cukup besar ertinya bagi saya, orang baru di bidang penulisan sastera. TQ sekali lagi.

Faisal Tehrani berkata...

salam,
tak pernahlah ada gambar aku yang senonoh ya. Sabotaj ni!
Tu yang sembunyi celah 2 mangkuk untuk mi rebus tu Setiausaha Agung Badar KISAS dulu tu, setaraf dengan Mufti Perlis tu!!!

annyss berkata...

Kak Ila (Ramlah Rashid) & Faisal,
Salam tahniah buat kalian berdua.

Kak Ila, kalau pun ada sumbangan saya atas kemenangan tempoh hari, bagi saya sumbangan itu terlalu kecil berbanding dengan usaha seorang penulis mengambil bahagian dalam sayembara penulisan. Harap terus kekal dan tekal menulis!

Faisal,
Tak baik intip SU Agung BADAR walaupun dia setaraf dengan Mufti Perlis. PM kata jangan suka mengintip! Hahaha

Jiwa Rasa berkata...

Tahniah kepada semua pemenang.

Gembira, kagum dan lega saya bila
tengok ramai penulis muda yang menang.

Ini tanda masadepan sastera negara sangat cerah. Pelapis sedia ada sudah sedia untuk mengambil tempat dan peranan dalam masyarakat.

Saya harap, kemenangan penulis muda ini akan jadi pendorong kepada penulis muda yang lain supaya lebih giat menulis. Ramai penulis muda yang bagus tulisannya tapi macam malu-malu mahu menulis..;)

ira berkata...

Salam,
Saya nak tumpang sekaki mengucapkan TAHNIAH kepada semua penulis yang menang.

elaira berkata...

tahniah buat faisal tehrani...

tapi... erkk... yang nyorok tu... erk erk... seperti ku kenal itu muka... wei mana mo nyorok daa... ni namanya berselindung di balik lalang sehelai ni...

Rem berkata...

Tahniah kepada para pemenang!

Jejaka yang bertapuk-tapuk macam lelaki pingitan kurang laku (oopss!) tu... setaraf dengan mufti ka? Wah, hebat. Apa alamat blognya Nisah... teruja pula mau 'mengintip'. :)

busymum100 berkata...

Salam..

Saya google bekas guru saya, "hasan baseri budiman" tanpa menyedari beliau kini seorang penulis (dia guru di sekolah saya di zaman 1970an). Saya terjumpa blog ini. Terima kasih kerana memaparkan gambar beliau. Dapat lah saya lihat rupa beliau setelah 30 tahun terpisah.

Boleh tak saya download gambar tersebut dan linkkan ke blog saya? blog saya: www.smz100.blogspot.com

Saya dahului dgn ucapan jutaan terima kasih.

Mr Masterpiece berkata...

Salam, saya Mohd Izzuddin Fitri Bin Abd Aziz. Saya kagun dengan karya Tuan Faisal Tehrani iaitu "Api KL Belum Terpadam". Kalau boleh, nak minta tunjuk daripada tuan dalam penulisan. Saya baru nak berjinak-jinak dalam penulisan. Kepada Pn Nisah Haron, saya suka kepada puisi puan bertajuk "Kita Bangsa Yang Selesa"....-Nak minta tunjuk ajar-

noraini-osman.blogspot.com berkata...

Assalamualaikum Nisah,

Saya baru terjumpa sekitar Jubli Emas DBP ni dan terlihat nama saya sebagai pemenang saguhati bagi pertandingan novel. Saya mohon kebenaran mengambil sedikit isi artikel tersebut yang ada menyebut nama saya Noraini Bt Osman. Izinkan saya ya. Terima kasih.

Nisah Haji Haron berkata...

Puan Noraini,
Ya, silakan.

Related Posts with Thumbnails