Jumaat, Mac 09, 2007

Buku Panduan Penulisan Kreatif

Untuk makluman para pembaca sekalian, saya sedang mengusahakan sebuah buku panduan penulisan kreatif (genre cerpen & novel). Tulisan-tulisan itu nanti sebahagiannya merupakan himpunan beberapa kertas kerja tentang proses penulisan yang akan saya sesuaikan.

Bagi tujuan penulisan buku ini, saya mengundang sebarang persoalan, kemusykilan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan penulisan untuk saya kupas dalam buku tersebut.

Soalan boleh dikemukakan dalam ruangan komen.

Doakan usaha kecil ini berjaya, insya-Allah.

Terima kasih.

12 ulasan:

Helmy Samad berkata...

Salam Nisah.

Siapa yang akan terbitkannya?

anis sarah berkata...

assalamualaikum... terima kasih sebab balas emel saya. Apapun, saya harap buku tu nanti dapat ulas serba sedikit tentang karya eksperimen, tentang had seseorang itu untuk bereksperimen dengan karyanya dan karya eksperimen (abstrak atau surrealisme)yang terbaik dan bermutu. seringkali yang dibincangkan adalah karya bercorak konvensional. lagi, kalau boleh masukkan sekali tentang writer's block, boleh ya?
tak sabar nak tatap buku ni kalau dah terbit nanti.

budakbarubelajar berkata...

salam..sebelum mula menulis sebuah cerpen,apa yang perlu dilakukan supaya tidak kehilangan arah dan idea?..

Fahd Razy berkata...

yeah! Semoga berjaya!

Nanti, Kak Nisah masukkan sikit bab undang2/etika menghantar karya untuk penerbitan. Penulis baru selalu bermasalah. Sayapun kadang confuse dan banyak tersilap. Lagi satu, ramai orang tanya macam mana nak hantar karya? surat ke emel? kena gambar ke? surat tulis apa? apa nak letak? dsb. Kalau ada sampel surat, dan panduan2 dia, tentu sangat membantu, dan jadi bertambah lengkap. Bukan saja utk belajar menulis saja, tapi belajar menjadi penulis. =D
May the Force be with you. InsyaAllah.

annyss berkata...

Salam Bang Helmy,
Insya-Allah, Ujana Ilmu yang akan terbitkan. Kalau Wira Bukit nak offer pun, saya tak jadi hal :) Ada seorang lagi penulis yang akan sama-sama menghasilkan buku ini. Siapa dia? Biarlah rahsia...

Anis sarah, budak baru belajar & Fahd Razy,
Terima kasih atas komen dan soalan-soalan tersebut, saya akan masukkan jawapannya dalam buku tersebut.

Tanpa Nama berkata...

salam
macam mana memplot suatu cerita agar tersusun dan tidak bercelaru
lagi satu, bagaimana penulis menyemak kesilapan pada sesuatu karya..??
e.g novel- adakah penulis membaca novel itu dari mula sampai habis untuk menyemak walaupun karya itu 800 muka surat?

Maslina Mahbu @ Armiza Nila berkata...

Salam Puan Nisah Haron,

Armiza Nila turut berbangga sekiranya dapat memiliki buku panduan berkenaan setelah diterbitkan. Kerana saya sudah mahu ingin menceburkan diri dalam kedua2 genre tersebut.

Ya, saya setuju perihal hak cipta dan undang-undang dimasukkan sekali ke dalam isi buku tersebut supaya penulis tidak salah tuju arah.

Sama2 kita berbuat baik dan beramal untuk kemajuan semua penulis tanpa mengira siapa.

Kuching, Sarawak.

Zaniffa berkata...

Assalamua'laikum,

Cadangan saya; selitkan panduan/petua pengurusan masa. Lebih-lebih lagi bagi penulis yang berkerjaya dan berumahtangga.

Menarik juga jika ada perbandingan proses penulisan kreatif - baik antara generasi penulis lama dengan yang baru, penulis Malaysia dengan negara lain dsb.

Emmy berkata...

Assalamualaikum Kak Nisah,
Saya Emmy, peminat setia blog dan karya-karya Kak Nisah. Masalah saya pula ialah,
1.Bagaimana kita nak mendapatkan gaya penulisan yang sesuai untuk karya novel. Saya sedang menulis novel, tetapi bahasa saya mirip kepada bahasa puitis, banyak metafora, kiasan, terlalu berbunga-bunga. Kadang-kadang bahasa saya pula terlalu formal. Kerana selama ini saya lebih banyak menulis puisi dan sajak. Saya perlukan nasihat.
2.Bila saya memasuki bahagian pertengahan cerita, saya akan keputusan idea. Terutama untuk menceritakan latar sesuatu bab.
Saya doakan buku kak Nisah selamat dihasilkan dan bermanfaat kepada bakal penulis baru.

Tanpa Nama berkata...

Semoga berjaya dan apabila buku tersebut dipasarkan, insya Allah, saya di antara pembeli yang awal...

Tanpa Nama berkata...

Cadangan saya buku itu nanti kalau boleh diterbitkan juga versi ebook boleh diakses di internet. Cajkan kepada kad kredit pembeli.

- pakuban

Penulisan2u berkata...

Bila keluar buku panduan ini.. semoga dapat memberi panduan kepada penulis..

Related Posts with Thumbnails