Kesakitan itu Rahmat

Setiap kali kita mengeluh sakit, ingatlah bahawa Allah sangat menyayangi kita pada ketika itu. Ingatlah juga bahawa Allah memilih diri kita untuk disedarkan dan juga supaya kita dapat merasa dekat kepadanya.

Percaya ataupun tidak, hanya orang yang telah mengalami kesakitan, boleh menikmati rasa kesihatan. Pun begitu, ramai yang terlupa keadaan dirinya yang sakit apabila dia telah sihat seperti sediakala.

Saya pernah dipesan seseorang bahawa kesihatan itu nikmat, kesakitan itu rahmat.

Betapa benarnya!

Nikmat kesihatan ialah satu daripada 5 perkara yang tidak boleh diabaikan. Apabila sihat, rebutlah segala peluang untuk berbuat kebaikan ataupun apa sahaja yang direncana. Usah tunggu sehingga esok ataupun kemudian kerana kesakitan itu datang tanpa sebarang mukadimah. Tahu-tahu sahaja kita sudah pun terlantar.

Adakalanya, sedar ataupun tidak, kesihatan itu juga satu ujian. Semasa kita sihatlah, kita paling banyak melupakan Tuhan. Sesekali Allah menguji kita dengan nikmat juga.

Jadi, kepada sesiapa yang berada dalam keadaan tidak berapa sihat, usah mengeluh. Ingatlah bahawa ketika sakit, kita diberi peluang untuk berehat dan banyak berzikir serta mengingati-Nya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam.

alhamdulillah. sakit adalah musibah yang disyukuri. Bila sakit, ia adalah ingatan dari Tuhan kerana Tuhan masih ingat kita dan tidak biarkan kita terus lalai...
selepas 3 tahun saya asyik ketawa, gembira ( + lalai,+ alpa) kini Allah beri saya sakit semula. Alhamdulillah, walaupun sakit dan sungguh perit melalui masa sakit ini.. masih banyak lagi nikmat ALLAH yang disyukuri.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Catatan Popular