Keputusan Kes Lina Joy
MURTAD TANPA PENGIKTIRAFAN 2-1
Terkini - Kes Lina Joy sudah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Lina Joy kalah 2:1. Hakim-hakim Muslim (Ahmad Fairuz & Alaudin) memutuskan untuk menolak permohonan Lina Joy. Sementara Richard membenarkan.
Pun, ini tidak bermakna ada mana-mana kuasa yang boleh memaksa Lina Joy kembali kepada agama. Bagi saya, dia tetap murtad. Cuma tiada pengiktirafan daripada undang-undang. Keputusan ini akan terus menutup ruang bagi mana-mana orang Islam yang mahu murtad secara sah. Dan ini tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu murtad secara tertutup.
Masih ingat Perjanjian Hudaibiyah? Lebih kurang samalah analoginya.
Kalau pihak dari khemah musyrik datang ke khemah Muslim, mereka hendaklah dikembalikan. Tetapi, jika ada dari pihak khemah Muslim yang lari ke khemah musyrik, mereka hendaklah dibiarkan sahaja di khemah Musyrik. Nabi Muhammad SAW bersetuju dengan syarat tersebut. Ramai sahabat yang mempertikaikan persetujuan tersebut.
Rasionalnya mudah. Jika sudah orang Islam itu sudah murtad, dia tetap murtad. Tak perlulah diambil kembali.
Samalah juga dalam kes Lina Joy ini.
Secara undang-undang, dia gagal untuk menggugurkan status agamanya dari kad pengenalan.
Secara undang-undang, orang murtad lain juga tidak boleh menggugurkan agamanya dari kad pengenalan.
Secara undang-undang, ini menutup mana-mana pintu untuk sesiapa yang bercita-cita untuk murtad secara terbuka.
Selebihnya, ini tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu murtad secara tertutup.
-------------------------------------
Kes kontroversi tentang wanita yang mahu agamanya yang tertulis "Islam" dikeluarkan daripada kad pengenalannya - Lina Joy akan diputuskan esok - 30 May 2007.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

The Federal Court will deliver its decision on the Lina Joy case on Wednesday May 30, according to a reliable source.The Web Reporter has learnt that the solicitors involved have also been officially informed.
In July last year, the Federal Court comprising Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim and Justices Richard Malanjum and Alauddin Mohd Sheriff heard submissions from the parties on the following questions which leave was earlier granted last April by Ahmad Fairuz and Justices Richard Malanjum and S. Augustine Paul:
• whether she needed to prove apostasy on her part before the word “Islam’’ could be deleted from her IC;
• whether National Registration Department had correctly construed its powers to impose the requirement on Lina when it was not expressly provided for under National Registration Regulations; and
• whether the Syariah Court is the sole authority to decide on the issue of conversion out of Islam.
Ulasan
Selebihnya, ini tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu murtad secara tertutup.
Salam Nisah,
Pada saya inilah satu2nya penulisan tentang isu ini yg tidak berserabut dgn emosi.
Kesimpulan Nisah dalam bahasa sederhana paling tepat sasaran.
Nisah jelas menunjukkan kebenaran itu bila dilihat dengan hati yang jernih sebenarnya mudah.
Terima kasih.
(pun begitu, ramai Melayu yang mengaku Islam masih menjerit2 di ruang blog masing2 mengatakan itu keputusan yang dangkal kerana dakwa mereka "tiada paksaan dalam Islam"... seriau juga andai nanti aqidah mereka pun turut terseleweng...)
selamat menanti kahadiran orang baru... semoga selamat dan dipermudahkan Allah...
Tahniah juga untuk kehadiran ahli baru dalam keluarga!
"Iman tak dapat diwarisi"
Akidah dan iman adalah sesuatu yang menggetarkan sukma bila dibicarakan dan ketakutan saya iyalah the bad ending seperti Al Azazil. Bila Khauf dan Raja' saling bergelut dalam jiwa, hati tak akan tenang merenungkan hari esok yang tak pasti.
Itu sebabnya saya lebih suka bertafakur dan memohon akan Husnul Khotimah not only for me but for the love one, seluruh umat Islam di dunia ini banyak-banyak bila terserempak dengan kes-kes murtad ini
Mardhiah
satu kesimpulan yang cukup padat dan jelas.
Tahniah!
Semoga kita semua sentiasa mendapat redha Allah. Dan Islam sentiasa terpelihara.