Isnin, Mei 28, 2007

Menunggu Sesuatu Yang Baharu

Sekian lama dinantikan...
Belum ada detik kepastian

Namun,
kehadirannya mampu merobah
aliran sungai kehidupan
garisan pantai
dan
buih-buih gelombang.


** Saya menunggu sesuatu. Insya-Allah, sekitar awal Jun akan saya umumkan, jika tidak pada minggu ini. Sama-samalah kita sabar menanti...

9 ulasan:

Rai berkata...

Salam,

Zubir Ali dah kata ''penantian satu siksa yang tidak tertanggung...''

Samuel Beckett dah tulis tentang seksa menanti ni dalam Godot.

Kami semua pun menunggu dan mendoakan yang terbaik.Moga selamat semuanya.

Nabil berkata...

Nampaknya Nisah Haron tidak sabar-sabar nak mengumumkan kemenangannya..

Sabar, sabar...

Rem berkata...

Sebelum apa-apa, tahniah! Dari nada kata-kata bermadah itu.. saya boleh menduga bentuk khabarnya. :)

Tentang krisis Lina Joy -- tiada apa-apa pandangan peribadi Nisah dari sudut perundangan? (Macam nak provokasi pula.. he he he)

Nisah Haji Haron berkata...

Rai,
Terima kasih atas doa. Hidup kita memang sentiasa dipenuhi dengan penantian. Tetapi penantian sekali ini walaupun mempunyai satu bentuk 'seksa', ada juga keindahan di sebaliknya.

Nabil,
Hmm... kemenangan apa ya? Saya turut tertanya-tanya... :-)

Rem,
Saya juga seronok bermain madah begini. Dapat reaksi yang pelbagai.

"Mari kita lihat siapa yang kena!" seperti kata Ibrahim Pendek dalam Ali Baba Bujang Lapok.

Tentang Lina Joy. Saya sudah boleh duga keputusan Mahkamah, tetapi, biarlah kita sama-sama tahu keputusannya esok.

"Mari kita lihat siapa yang kena!"

Helmy Samad berkata...

Salam Kak Nisah.

Terlebih dahulu saya doakan kesejahteraan buat Nisah sekeluarga. Semakin riuh tak lama lagi.

Faisal Tehrani berkata...

Salam,
Lelaki kot!!!
:)
Wassalam...

Tanpa Nama berkata...

Menanti baby? Atau apa-apa anugerah? (baby pun satu anugerah) :)

Apa pun, saya doakan selamat dan sejahtera semuanya buat kak nisah.

-Hani Hamsyari-

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

Rasanya anugerah yg dimaksudkan mungkin berkaitan dengan kerjaya baru.

Semoga berjaya

Tanpa Nama berkata...

Ada tengok gak gambarnya yang cengkung gitu, mau juga menegur tapi takut dikata anak dara bijak pula. Anyway tahniah. Hebat betul, dalam pantang pun boleh update entri lagi tu.waduh.waduh.

Mardhiah

Related Posts with Thumbnails