Hadiah Untuk Bayi, Hadiah Untuk Ibu
Setelah mendapat 4 orang cahayamata, ada pelbagai pengalaman yang saya peroleh apabila menerima hadiah daripada tetamu yang datang berziarah. Seperti biasa, hadiah ataupun sesuatu yang ditinggalkan ialah untuk bayi tersebut. Kalau ada yang mungkin lebih bermurah hati, mereka akan tinggalkan juga sesuatu untuk anak-anak yang lebih besar supaya mereka juga berasa turut diraikan bersama-sama dengan adik baharu.
Alhamdulillah, saya amat berterima kasih atas kunjungan teman-teman yang mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian. Kunjungan kalian membuat kami berasa seperti baru mendapat anak pertama!
Ada juga yang tidak berkesempatan untuk datang berziarah, mereka kirimkan hadiah berbentuk 'hamper' barangan bayi untuk si kecil itu. Anak-anak yang lain juga turut seronok kerana sama-sama dapat membuka hadiah untuk adiknya.
Namun, ada satu hadiah yang istimewa daripada seorang sahabat seperjuangan. Selain menghadiahkan satu set pakaian kepada si kecil, turut dititipkan sebuah buku berjudul The Witch of Portobello (Paulo Coelho) kepada si ibu. Aduhai, agak terkejut juga saya. Belum pernah saya menerima hadiah dan turut diingati dengan demikian rupa. Sahabat saya itu seperti tahu-tahu sahaja saya memang mengidamkan buku tersebut.
Sesungguhnya, bagi saya waktu dalam pantang, khasnya sewaktu menyusukan bayi ialah waktu terbaik untuk saya membaca tanpa gangguan. Saya masih ingat lagi sedikit masa dahulu, saya menyelesaikan Lord of the Rings (J.R.R. Tolkein), novel-novel Indonesia dan banyak lagi buku yang tak mungkin saya sempat habiskan pada waktu-waktu biasa.
Ketika menyusukan bayi, seorang ibu tidak dapat bergerak, bukankah ini waktu yang terbaik untuk membaca selain daripada menonton televisyen. Saya fikir, ini juga suatu cara untuk merangsang anak-anak membaca. Mereka sudah terbiasa dengan bau buku. Alhamdulillah, ketiga-tiga anak saya yang lain kini gemar membaca, lebih suka dihadiahkan buku berbanding alat-alat permainan. Anak sulung saya juga boleh membaca dengan baik dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Ah, pada ketika lain, jika ada lagi sahabat-sahabat saya yang baru mendapat cahayamata, saya harus mengingatkan diri sendiri supaya menghadiahkan ibunya dengan sebuah buku selain daripada hadiah khusus untuk si kecil!

Ulasan
Lagipun ramai sangat orang yang bawakan hadiah untuk baby sahaja, kesian ibunya yang penat dan sakit mengandung/melahirkan seperti dilupakan.
i got a bouquet of flower when i was in the hospital apart from all those normal gifts for the baby (and ujai too sometimes) and i thought it was very thoughtful of the friend to get something for the mother...
it does feel good to get an unexpected gift, right? especially when it is something that we crave for.
Benar kata sdr. Orang dalam pantang kalau dibawakan kek pun belum tentu boleh makan.
A.Z.
The unexpected gift will always cheer up anyone, any day!
Puan Ainon,
Terima kasih, puan. Amin!
tahniah nisah (walaupun agak lambat,lama tak melayari internet) Moga anak dan ibu sentiasa sejahtera... Amin
Dah bersalin rupanye...alhamdulillah. Ini U-HAH, ipar comel si JR, masih ingat memborong beberapa buah naskhah dr Ujana lewat gerai lambak di perpustakaan Tun Uda Shah Alam dahulu? Em, saya masa dapat baby sulung dulu hadiahkan buku masakan kat wife, saya tahu itu favourite dia...saya juga beli satu set buku kanak-kanak untuk baby saya yang masih kecik...apa-apa hal pun, alhamdulillah kini anak-anak saya juga rajin membaca dan saya gembira amat melihatnya...
cuma nak tahu, siapa nama puteri kecil tu?
Tahniah atas kemunculan puteri yang diamanahkan. Mudah-mudahan 'Memeluk Gerhana' tidak mengganggu kemunculannya. Saya dapat tahu dari blog Nisah, ketika itu Nisah sedang menikmatinya.
salam ukhwah
Isa Kamari