Mari Main Jongkang-Jongket

Tak sampai seminggu saya dalam pantang, macam-macam hal berlaku dalam negara! Ini dulu yang sempat saya tulis dalam entri ini.

1. Isu Bahasa Melayu vs. Bahasa Malaysia

Saya fikirkan isu ini sudah pun selesai. Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah selesa menggunakan Bahasa Melayu. Sememangnya bahasa ini Bahasa Melayu pun. Sekarang kena tukar lagi. Tanpa memikirkan implikasi pada masa hadapan. Habis semua buku teks dan segala-galanya harus dibuang dan ditukar.

Siapa yang untung?

Siapa yang rugi?

Saya percaya, kita semua tahu.

Saya cukup tak suka dengan ahli politik yang buat keputusan-keputusan 'cetek-akal' sebegini. Apakah mereka terlalu takut dengan bayang-bayang? Lantas, laungan yang akan menggunakan perkataan MELAYU hanyalah dalam perhimpunan agong UMNO. Sedangkan Utusan Melayu pun sudah tiada. Yang tinggal hanya Kereta Api Tanah Melayu. Hah, lepas ni, jangan lupa pula tukar kepada Kereta Api Malaysia.

Biar selaras!

Nanti, kalau kepimpinan bertukar lagi, ada kemungkinan perkara ini akan berubah semula dan seterusnya, dan seterusnya. Macam main jongkang-jongket lagak mereka. Seperti anak-anak saya di taman permainan. Tak pandai duduk diam, riang gembira, naik turun atas jongkang-jongket. Sedangkan berapa ramai yang mati terhimpit dek jongkang-jongket yang jatuh.

Lantas, apa lagi yang hendak diperjuangkan kalau orang Melayu sendiri takut dan tidak percaya dengan nama 'Melayu' itu sendiri. Orang-orang Melayu pernah gagah menawan nusantara dan samudera. Masih lagi ada golongan yang mahu menegaskan bahawa 'Melayu' itu kononnya 'layu'.

Saya paling tak suka orang-orang pesimis yang sangat percaya pada nama. Hello! Berkatalah untuk diri sendiri.

Anak-anak saya yang sedang dididik supaya bertutur dalam Bahasa Melayu yang betul selepas ini akan terkeliru dengan pengistilahan semula ini.

Hah! Akhirnya, siapa yang untung?

Kita sama-sama tahu.



2. Pak Lah menikah lagi

Ah, saya teringat filem The American President - lakonan Annette Benning and Bill Pullman. Kisah satu-satunya Presiden America yang tidak mempunyai isteri dan mencari calonnya.

Sebagai rakyat Malaysia, saya doakan beliau bahagia dan menemui ketenangan di samping pasangannya.

Ulasan

zf_zamir berkata…
1. tahniah kepada Puan

2. tahniah juga kepada Pak Lah

3. tahniah kepada manusia Melayu yang senyap dengan cadangan manusia politik yang suka2 tukar Melayu jadi Malaysia
mohamad kholid berkata…
toleransi sangat dengan permintaan orang lain... atau berdasarkan keuntungan - setiap kali tukar - tukar buku teks - berjuta belanjanya tu..
Tanpa Nama berkata…
Salam Kak Nis, ibu Melayu...

Tahniah juga untuk semua percubaan menghapuskan 'Melayu' dalam setiap elemen pembinaan tamadun. Yang tinggal cuma baju melayu serta, ya saya setuju, pekikan hidup Melayu setiap kali perhimpunan agung err...err...parti apa tu?Um do no ka,apa ka!
Tanpa Nama berkata…
masalahnya, kalau tukar bahasa malaysia ke apa ke... bahasa orang putih juga yang diagung-agung... bangsa lain tak ada masalah dengan bahasa melayu...dia pula yang lebih-lebih... aduh!
mfrstudio berkata…
teringat bual bicara debat perdana di tv1.. ada seorang tu berkata, kita rakyat malaysia, patutnya tidak dikenali sebagai bangsa-bangsa tertentu, melayu,cina, india..mana boleh ada istimewa-istimewa,kita perlu adil, kita perlu naiktarafkan konsep malaysian malaysia.. ini negara kita.. pap! sekali tiba soalan, bagaimana jika semua rakyat malaysia itu belajar di satu aliran sekolah sahaja, bahasa pengantarnya BAHASA MELAYU.. lalu orang itu menjawab.. ohh mana boleh.. itu BAHASA MELAYU bahasa ibunda orang melayu.. orang cina dan india ada bahasa ibunda sendiri... nah, hambik sekarang BAHASA MALAYSIA.. lalu, nak kata apa lagi si puak itu? ini BAHASA MALAYSIA tentunya bahasa ibunda seluruh rakyat malaysia..cuma penulis tempatan jarang berfikir peluang untuk perjuangkan..

p/s- tengah fikir soal malaysian malaysia, freedom of speach dan keAdilan.

Catatan Popular